• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Ditahan Disyaki Bunuh Anak OKU

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG bapa yang merupakan pesara tentera telah ditahan pihak polis kerana disyaki membunuh anak kelainan upaya (OKU) dengan menjerut leher anaknya menggunakan seutas tali getah yang dijumpai di sisi mayat mangsa.

Mangsa, Ahmad Solehin Abdul Harif, 21, ditemui mati dengan kesan jerutan dileher di sebelah bapanya yan tidak sedarkan diri di Kampung Jalan Terusan, Simpang Lima, Parit Buntar.

Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan segera dilakukan sebaik menerima laporan kejadian itu dan menemui mangsa terbaring di sebelah bapanya tanpa berbaju.

Mayat mangsa yang merupakan anak sulung daripada enam beradik ditemui adiknya yang pergi menjenguk ke bilik mangsa pada jam 7 pagi.

Si adik terus membuka ikatan tali getah pada leher mangsa dan mendapati mangsa tidak bergerak sebelum mengejutkan semua anggota keluarganya untuk memaklumkan keadaan mangsa dan suspek.

“Susulan kejadian itu, bapa mangsa yang difahamkan mengalami tekanan jiwa, ditahan untuk siasatan lanjut dan kemungkinan akan dihantar ke Hospital Taiping untuk menjalani pemeriksaan kesihatan,” kata Omar.

Siasatan juga menunjukkan kediaman mangsa tidak menemui tanda-tanda rumah itu dipecah masuk dan polis juga akan menyiasat perkara itu dari semua sudut. – MYNEWSHUB.CC

VIDEO BERKAITAN BAPA KELAR LEHER ANAK DI BANGI 

https://www.youtube.com/watch?v=qI8syOUHDcw

Tags: kematianPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd