• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka 2 Kertas Siasatan Kes Dera Amah

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung kes dera tiga pembantu rumah warga Indonesia pada Sabtu lepas dan penahanan dua suspek warga tempatan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Beliau berkata suspek wanita berusia 50-an dan anak lelakinya berusia 20-an yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan telah direman selama tujuh hari bermula semalam.

“Ketiga-tiga pembantu rumah berkenaan kini berada di bawah perlindungan sementara atas perintah mahkamah dan ditempatkan di Rumah Perlindungan Wanita di Kempas, Johor selama 21 hari bermula semalam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menghadiri program lawatan ke Hospital Melaka sempena sambutan Hari Polis Ke-210 yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Melaka, Dr. Zulkarnain Mohd Rawi.

Media melaporkan tiga pembantu rumah tersebut mengambil tindakan nekad untuk melarikan diri dan kemudian meminta bantuan daripada orang ramai kerana dikatakan tidak tahan didera oleh majikan mereka di Bukit Katil..

Ketiga-tiga pembantu rumah terbabit mendakwa mereka sering dipukul hingga mendatangkan kecederaan, malah gaji yang seharusnya diterima mereka didakwa disimpan majikan terbabit.

Sementara itu Abdul Jalil berkata polis Melaka akan melancarkan skuad rondaan berbasikal Khamis ini dalam usaha membendung kegiatan jenayah dan aktiviti tidak sihat..

“Polis akan memberi fokus terutamanya di lokasi tumpuan orang ramai dan pelancong selain memberi pemerhatian serta pemantauan termasuk pada waktu puncak seperti musim cuti persekolahan dan hujung minggu sebagai inisiatif membantu penguatkuasaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: amahpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd