• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkasa Dapat Jadi Pencelah Dalam Saman Hindraf

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk menjadi pihak pencelah dalam saman pemula difailkan pengerusi pertubuhan haram, Hindu Rights Action Force (Hindraf) P. Waytha Moorthy bersama 18 individu lain.

Saman tersebut bagi menuntut perisytiharan bahawa pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai suatu ancaman kepada keselamatan negara dan dilarang daripada memasuki Malaysia.

Hakim Datuk Kamaluddin Md. Said membenarkan permohonan daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali kerana pertubuhan itu mempunyai hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk menjadi pencelah memandangkan pertubuhan itu melindungi agama persekutuan.

Peguam Adnan Seman yang mewakili Perkasa memberitahu pemberita, plaintif tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan mereka manakala defendan juga membiarkan mahkamah untuk membuat keputusan.

Terdahulu, Ibrahim dalam notis permohonan yang dibuat pada 14 Mac memberi alasan untuk mencelah kerana prosiding yang dibuat oleh Hindraf didakwa menjejaskan hak dan kepentingan umat Islam untuk mendengar dan mendapatkan ilmu secara langsung melalui ceramah dan khutbah disampaikan oleh Tokoh Maal Hijrah 2013 itu.

Menurut Ibrahim, penceramah terkemuka itu bercakap tentang keamanan dan bukannya menjurus kepada keganasan serta ceramah beliau tidak sepatutnya dijadikan isu dan alasan sebagai mempromosi keganasan memandangkan di peringkat pengajian tinggi juga ada mengajar mengenai subjek perbandingan agama.

1 Mac lalu, Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dan 18 yang lain; termasuk ADUN Bingkor, Jeffrey Kitingan; peguam Siti Kassim dan Pengarah Center for Policy Initiatives, Lim Teck Ghee memfailkan saman kononnya pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai mengancam keselamatan negara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Dr Zakir NaikPERKASA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Mesin Gembur Tanah, Perkasa Projek Nanas Wanita Orang Asli

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Mesin Gembur Tanah, Perkasa Projek Nanas Wanita Orang Asli

16/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) meneruskan usaha membantu masyarakat luar bandar menerusi sumbangan mesin penggembur tanah kepada...

Agenda Politik Sempit Cuba Padam Identiti Tanah Melayu – Perkasa

Agenda Politik Sempit Cuba Padam Identiti Tanah Melayu – Perkasa

29/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam kenyataan Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim yang mendakwa 'nama Tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd