• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APM Terima 61 Lori Tan Bernilai RM40 Juta

oleh Ahmad Albab
02/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Penambahan aset sebanyak 61 lori lima tan (APM) akan meningkatkan kadar keupayaan dan mobiliti Angkatan Pertahanan Awam (APM) kepada 50 peratus dalam memberikan bantuan ketika bencana, Ketua Pesuruhjaya APM, Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya.

Beliau berkata penambahan aset APM yang bernilai RM40 juta itu juga selari dengan penambahan tugas dan tanggungjawab APM pada masa kini.

“Ketika ini APM dalam proses transformasi iaitu daripada jabatan kepada angkatan dan ia sekali gus meletakkan peranan dan tugas APM ke satu peringkat yang lebih besar.

“APM sekarang bukan sahaja fokus kepada bantuan bencana tetapi turut membantu agensi penguatkuasaan di hutan, sempadan negara dan di bandar raya, kerana itu kami perlukan aset yang lebih banyak dan moden bersesuaian dengan keperluan masa kini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan lima tan itu untuk kegunaan APM di sini, hari ini.

Azmy berkata APM akan menerima aset terbaru itu secara berperingkat dan untuk fasa pertama, sebanyak 18 buah lori lima tan yang diterima, akan diserahkan kepada APM Sabah, Sarawak dan ibu pejabat.

“18 buah lori ini akan ditempatkan iaitu lima masing-masing di Sabah, dan ibu pejabat dan lapan di Sarawak. Kita jangka baki 43 lagi ini akan kita terima dan serahkan ke APM di seluruh negeri selewat-lewatnya Oktober ini sebagai persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata lori sedia ada yang masih boleh digunakan adalah sebanyak 70 buah.

Katanyapenambahan anggota juga menjadi faktor penyumbang bagi APM menambah lebih banyak aset agar dapat digunakan secara maksimum dan menurutnya ketika ini terdapat 1.6 juta sukarelawan APM di seluruh negara.

“Kami sasarkan jumlah sukarelawan meningkat kepada dua juta menjelang hujung tahun ini. Kita juga ada perancangan strategik iaitu kita mahu di masa akan datang, setiap keluarga perlu ada seorang anggota APM bagi membolehkan individu ini memberi bantuan awal sekiranya berlaku bencana atau insiden yang tidak diingini,” katanya.

Terdahulu, Azmy dalam ucapannya berkata APM baru-baru ini diberi tanggungjawab untuk terlibat dalam tugas pemantauan dan bantuan penguatkuasaan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), PR1MA, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Jabatan Hutan.

“Baru-baru ini saya telah arahkan anggota saya untuk buat rondaan di Pasar Borong Selayang bersama DBKL manakala Pasukan Renjer Hutan APM telah memulakan penugasan di kawasan Janda Baik, Pahang,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMlori
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Lelaki Maut Tersepit Dalam Lori 

Lelaki Maut Tersepit Dalam Lori 

23/03/2026
0

JERAM, 23 Mac – Seorang lelaki maut dalam keadaan tragis selepas tersepit di dalam sebuah lori yang terlibat dalam kemalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd