• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Tubuh J/kuasa Pemandu Ekonomi Masa Hadapan

oleh Ahmad Albab
02/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Ekonomi Masa Hadapan bagi menghadapi gelombang ekonomi digital dan sektor ekonomi masa hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata buat masa ini kertas kerja bagi penubuhan jawatankuasa terbabit sedang disiapkan.

“Kita sedang berusaha mewujudkan ‘think tank group’ dalam soal kita berhadapan ekonomi masa depan supaya Johor dapat bersedia berhadapan cabaran-cabaran mendatang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama program Pemukiman Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, EXCO Awayday 2017 di sini, hari ini.

Beliau berkata buat masa ini pihaknya sedang mengenal pasti pakar ekonomi yang dapat membantu memberikan idea mahupun pandangan dalam jawatankuasa terbabit.

Sekurang-kurangna 12 pakar ekonomi dari dalam dan luar negara dijangka menganggotai jawatankuasa berkenaan yang perbincangan jawatankuasa itu kelak akan turut dihadiri semua exco kerajaan negeri, supaya mereka juga memahami cabaran ekonomi yang semakin berubah.

Menurut Mohamed Khaled, penubuhan jawatankuasa pemikir ekonomi itu merupakan antara empat fokus utama kerajaan yang akan dilaksanakan tahun ini.

Selain mencari jalan bagi menghadapi gelombang ekonomi digital, tiga fokus kerajaan negeri yang lain ialah memastikan pelaksanaan semua titik sentuhan Bajet Johor 2017 serta tahun sebelumnya, menjayakan Pelan Pertumbuhan Strategik Johor dan Pelan Pertumbuhan Daerah serta menyiapkan Laporan Pembangunan Johor 2016 dengan kerjasama badan pemikir Bait Al Amanah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinJohor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd