• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usop (Mentor Milenia) Ulangi ‘Fenomena Mawi’

oleh Ahmad Albab
02/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Populariti mendadak yang diraih peserta Mentor Milenia 2017, Usop seperti mengulangi kembali fenomena Mawi di program realiti Akademi Fantasia 3.

Mentornya Hazama, berkata, apa juga yang dilakukan oleh Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 20, itu di pentas persembahan sering mendapat perhatian penonton.

“Dia seperti kembalikan fenomena yang terjadi pada Mawi dahulu yang mana orang tidak tengok dia nyanyi bagus atau tidak.

“Penonton hanya mahu tengok dia sahaja, sebab itu saya keluarkan karakter dalam dirinya dan minta dia nyanyi lagu-lagu yang sesuai dengan karakternya sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Usop (Mentor Milenia) Ulangi 'Fenomena Mawi'
Usop bersama mentornya Hazama.

Hazama berkata demikian pada sidang media selepas persembahan separuh akhir Mentor Milenia 2017 yang diadakan di Sri Pentas 2, di sini, malam Ahad.

Pada acara itu, Ucop, Syeera (Black), Elica (Akim) dan Along (Tomok) berjaya mara ke peringkat akhir program realiti berkenaan.

Sementara itu, ditanya tentang nama Usop disebut-sebut bakal menjuarai program berkenaan, Hazama berkata, dia tidak memikirkan soal tersebut.

“Sama ada dia menang atau tidak, itu bergantung pada persembahannya malam tersebut, namun yang penting bagi saya dia sudah pun menjadi juara di hati masyarakat.

“Saya juga sudah ada rancangan untuk dia selepas berkakhirnya program ini, serta mencari lagu yang sesuai untuknya,” ujarnya.

Sementara itu Usop berkata, dia menghargai sokongan luar biasa peminat terhadapnya sejak memasuki program realiti berkenaan.

Ujar Usop, dia akan melakukan yang terbaik pada malam final program itu minggu hadapan.

“Saya terharu apabila menerima sokongan peminat yang mahu melihat saya menjadi juara. Saya tidak boleh berjanji tentang itu, sebaliknya saya akan pastikan untuk beri persembahan terbaik,” ujarnya. – mStar Online

Tags: mentor mileniaUsop Mentor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kehidupan Berubah, Usop Jadi Takut

03/11/2018
0

PENYANYI Usop (Mentor) mengakui kehidupannya berubah hampir seratus peratus selepas memenangi tempat kedua Mentor Milenia 2017. Usop atau Saiful Naim...

Lepas Janna, Kini Usop Mentor pula Jadi Mangsa?

06/12/2017
0

PADA Khamis lalu, kita dihebohkan mengenai akaun Instagram milik pelakon, Janna Nick yang memiliki 3.1 juta pengikut telah berjaya digodam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd