• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Mahu Majikan Utamakan Pekerja Tempatan

oleh Ahmad Albab
01/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu majikan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan dalam membantu merealisasikan lima Lonjakan Transformasi Pekerja yang dilaksanakan kerajaan.

Beliau berkata kerajaan akan menganjurkan pameran kerja Job Fair @ UTC 2.0 dan akan dilancarkan secara besar-besaran pada 20 Mei ini di 11 Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan empat Pusat JobsMalaysia seluruh negara yang akan menawarkan kira-kira 20,000 kekosongan jawatan melibatkan 300 majikan.

“Seboleh-bolehnya berilah peluang kepada pekerja warga Malaysia. Janganlah beri pekerjaan kepada warga asing sahaja. Berilah keutamaan kepada pekerja tempatan,” katanya disambut dengan tepukan gemuruh 5,000 pekerja yang hadir mendengar amanat Hari Pekerja 2017 beliau di sini, hari ini.

Najib berkata satu daripada Lonjakan Transformasi Pekerja yang ditekankan ialah memperkasakan agensi penyedia perkhidmatan pekerjaan awam iaitu kerajaan sedang mengkaji semula peranan JobsMalaysia Centre, supaya lebih interaktif, efektif dan mesra pelanggan serta dapat berperanan aktif sebagai pemudahcara dalam menjalankan padanan pekerjaan antara pencari kerja dan majikan.

Di bawah lonjakan transformasi pekerja itu juga, perdana menteri melancarkan OKU Talent Enhancement Programme (OTEP) bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran Orang Kurang Upaya (OKU). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakHari Pekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd