• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Haram: 2 Pelajar UM Digantung Pengajian

oleh Ahmad Albab
11/12/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Universiti Malaya (UM) didakwa telah menggantung dan mengenakan denda terhadap dua daripada lapan pelajarnya yang dikenali sebagai UM8 kerana menganjurkan perhimpunan haram yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa kebenaran pihak universiti.

Dalam posting terbaharu, di akaun Facebook milik bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Pelajar Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol mendakwa dia telah digantung selama dua semester dan didenda sebanyak RM600, sementara Presiden Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin pula digantung selama satu semester dan didenda.

Menurut Fahmi, empat lagi pelajar turut diberi surat amaran dan didenda RM150, manakala dua lagi pelajar, Khairol Najib dan Abraham Au, masing-masing dibebaskan kerana didapati tidak bersalah, namun diberi amaran.

Beliau berkata, sesi pendengaran kes berkenaan berjalan selama 12 jam dengan seorang pelajar pada setiap sesi dan keputusannya juga diumumkan kepada pelajar berkenaan secara individu.

Fahmi berkata, penggantungan ke atasnya berkuat kuasa serta merta.

Bagaimanapun, beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib universiti itu.

Pada 27 Oktober lepas, sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa dan mahasiswi telah merempuh pagar UM bagi menghadiri acara pidato bersama pemimpin pembangkang itu.

Pihak pengurusan universiti telah mengharamkan acara pidato berkenaan, serta mengunci dua pintu masuk utama serta menempatkan pasukan keselamatan untuk mengawal pintu masuk universiti. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=fo7QfV9wYHs

Tags: pelajarUM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mengecam sekeras-kerasnya pementasan teater oleh sebuah pasukan teater kolej di UM yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd