• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aznil Mohon Penggodam Kembalikan Facebook

oleh Ahmad Albab
12/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi meminta individu yang telah menggodam akaun Facebook miliknya kira-kira setahun lalu agar mengembalikan kata laluan kepadanya bagi membolehkan beliau menguruskan semula laman sosial berkenaan.

Aznil, 52, berkata, akaun Facebook tersebut mempunyai lebih 1.6 juta pengikut yang dikumpulkan sejak enam tahun lalu dan berasa sayang sekiranya ia dibiarkan begitu sahaja.

“Akaun Facebook itu saya daftar pada enam tahun lalu di mana ketika itu laman sosial tersebut belum popular lagi.

“Rasa sayang sangat apabila ia telah digodam kerana kebanyakan peminat saya berkumpul dan mengambil tahu mengenai perkembangan terkini saya menerusi Facebook berkenaan.

“Diharap individu tersebut dapat mengembalikan Facebook saya itu. Apatah lagi sehingga kini individu itu masih lagi memuat naik pelbagai status,” katanya kepada mStar Online.

Aznil ditemui pada majlis pelancaran enam program kanak-kanak terbaharu Astro Ceria bersempena musim cuti persekolahan dalam satu majlis yang diadakan di restoran Fullhouse, Sunway Pyramid, di sini pada Selasa.

Sementara itu, Aznil berharap agar peminat-peminat tidak percayakan setiap status yang dimuatnaik di akaun tersebut kerana ia adalah daripada orang lain.

Beliau juga terkejut, gara-gara salah satu status yang yang dimuat naik oleh penggodam berkenaan seperti ‘ingin mencari bantal kekabu’, peminatnya terus menghantar barangan tersebut ke pejabatnya di Astro.

“Kasihan pula apabila peminat ditipu dengan status-status yang dimuat naik itu. Terkejut dibuatnya apabila bantal kekabu seperti yang ‘diminta’ itu sampai ke pajabat saya.

“Apa-apapun mujurlah individu itu tidak memuatnaik status-status atau berkongsi maklumat yang tidak senonoh,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aznil yang pernah mempopularkan program Tom Tom Bak sebelum ini bakal muncul menerusi rancangan itu dalan dua episod khas yang dipanggil Tom Tom Bak All Stars.

Menerusi program berkenaan Azni akan bergandingan dengan pelawak Jehan Muse dengan mengumpulkan semula barisan kanak-kanak yang pernah terlibat dengan program tersebut.

“Selain itu, bagi mengikut perkembangan semasa, program itu akan menambah satu segmen ‘Anak-Anak Pak Nil’.

“Menerusi segmen itu saya akan mengumpulkan video gelagat-gelagat kanak-kanak yang telah di ‘tag’ di Instagram menggunakan #anak2paknil,” tuturnya.

Tom Tom Bak All Stars akan bersiaran sebanyak dua episod iaitu 21 dan 28 Disember ini, pukul 11 pagi di Astro Ceria (saluran 611). – mStar Online


Saksikan bagaimana reaksi Aznil bila diserang secara spontan oleh bapa saudara salah seorang peserta rancangan realiti On Air yang pernah diadilinya!

 

Tags: ArtisAznil Nawawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pijak Al Quran – Pastikan Hukuman Setimpal, Maaf Sahaja Tidak Cukup 

Pijak Al Quran – Pastikan Hukuman Setimpal, Maaf Sahaja Tidak Cukup 

01/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Artis senior tanah air, Aznil Nawawi, menggesa Kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap seorang lelaki yang didakwa...

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd