• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penemuan ‘Lebai Monyet’ Cemari Muktamar PAS

oleh AK-47
30/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSIDANGAN Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang diadakan di Alor Setar, Kedah digemparkan dengan  penemuan sebuah patung monyet yang digantung pada sebatang pokok di laluan menuju Kompleks PAS Pusat di sini, pada Sabtu.

Lebih mengejutkan, patung monyet yang lengkap berserban, berkaca mata dan dililitkan ‘mafla’ PAS itu seakan menyerupai  penampilan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut kelihatan simbol seperti salib di bahu kanan pada ‘lebai monyet’ berkenaan.

Patung itu digantung antara dua bendera PKR dan Amanah di sebatang pokok di laluan utama Jalan Alor Setar-Yan, kira-kira lima kilometer dari Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut.

Penemuan 'Lebai Monyet' Cemari Muktamar PAS

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu dipercayai cubaan menghina parti tersebut dengan menyamakan Abdul Hadi sebagai haiwan.

Ia rentetan kontroversi akhbar berbahasa Cina, Nyanyang Siang Pau yang menyiarkan karikatur monyet yang disifatkan sebagai menghina pemimpin PAS itu.

Bertajuk “Akta Monyet” kartun itu memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai “Hadi Awang” bertenggek di pokok “Akta 355”.

Bagaimanapun, isu berkenaan tidak berlanjutan selepas Abdul Hadi menerima dan memaafkan akhbar tersebut atas ketelanjuran menyiarkan karikatur itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPASprovokasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd