• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Cadang Putus Hubungan Dengan PKR Boleh Diduga

oleh
30/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Perpecahan dalam pakatan pembangkang termasuk cadangan PAS untuk memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR memang boleh diduga kerana mereka tidak mempunyai hala tuju yang sama, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata rakyat seharusnya melihat permainan pembangkang yang lebih memperjuangkan kepentingan peribadi dan parti berbanding kepentingan rakyat.

Liow memberikan contoh pentadbiran kerajaan Selangor pimpinan PKR yang mengadakan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang tanpa keperluan mendesak pada Mac 2014 selain menaikkan gaji wakil rakyat selepas mendapat mandat rakyat.

“Bila mereka sudah mendapat mandat daripada rakyat, sepatutnya mereka buat kerja baik-baik… berkhidmat kepada rakyat. Tapi mereka tidak boleh buat begitu sebab mereka banyak ketua dan semua mahu ikut kehendak sendiri. Lebih banyak (ketua) lebih hancur.

“Mereka dahulu wujud Pakatan Rakyat tapi sudah berkecai dan kemudian buat pula Pakatan Harapan yang juga dilihat ‘tiada harapan’ kerana bercelaru,” kata Liow yang juga Menteri Pengangkutan kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ke-71 peringkat Kebangsaan di Dataran Bentong di sini, hari ini.

Pada Khamis, Muktamar Dewan Pemuda PAS meluluskan tanpa bahas usul supaya PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR dan sebelum ini, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu juga memutuskan hubungan dengan DAP.

Liow berkata berbeza dengan Barisan Nasional (BN) meskipun dianggotai 13 parti, ia kekal bertahan dan bersatu kerana ‘berpegang kepada nilai teras’ yang sama, iaitu konsensus, kerjasama, bersatu dan berkongsi.

“Dalam situasi rakyat yang berbilang kaum, kita perlu ada “nilai yang sama” untuk berkerja sebagai satu pasukan. Ini yang menjamin kejayaan negara kita. Mereka (pembangkang) tidak ada nilai teras ini sehingga menyebabkan sistem mereka berkecai.

“BN berpegang kepada sistem (dan nilai teras) ini sejak sekian lama dan inilah yang membawa kepada kejayaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiMCAPASPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sesuai menyertai Parti Keadilan Rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd