• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tutup Kerjasama Dengan PPBM, Selepas Itu Baru PKR

oleh
29/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kepimpinan PAS secara rasmi ‘menutup pintu’ untuk bekerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan pihak PPBM, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, segala pertimbangan sudahpun dibuat dan mendapati PPBM sebuah parti yang tiada hala tuju atau pimpinan yang jelas. Kita parti yang sama. Kita tak boleh layan parti yang tak sama. Kita sudah buat penilaian.

“Parti Pribumi adalah parti yang tiada ketentuan arah. Takde ketentuan arah dan pemimpin pun tidak tahu siapa. Siapa imam, siapa makmum. Sebab itu kita sudah buat keputusan tidak ada hubungan dengan parti itu,” ujarnya.

Abdu Hadi yang menerajui PAS sejak 2002 daripada allahyarham Datuk Fadzil Noor menyatakan demikian dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar PAS kali ke-63, di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Sabtu.

Penegasan Abdul Hadi itu sekali gus menamatkan segala spekulasi ‘cakap politik kedai kopi’ sebelum bahawa kedua–dua parti pembangkang tersebut mungkin berkerjasama menuju Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Pada mulanya hubungan dua parti itu agak lancar, dilihat beberapa kali berkongsi pentas ceramah, sehinggalah parti ciptaan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu memutuskan untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) pada 20 Mac lalu.

PAS sebelum itu menyatakan bahawa partinya langsung tidak akan berkerjasama dengan mana-mana pihak yang ada hubungan politik dengan DAP yang mengetuai PH selain parti serpihannya yang ditaja DAP iaitu PAN.

Manakala mengenai status tahaluf siyasi dengan pihak PKR, tegas Abdul Hadi, ia hanya akan dibuat apabila tiba masa yang sesuai tanpa mendedahkan bilakah keputusan tersebut bakal dibuat kepimpinan parti berkenaan.

Ia ekoran suara desakan cukup kuat untuk melihat kerjasama politik PAS-PKR ditamatkan dan ia semakin lantang dilaungkan ramau perwakilan sepanjang Muktamar Tahunan Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS pada Jumaat.

“Itu (keputusan kerjasama politik PAS-PKR) akan diketahui semasa ke semasa… hubungan ini ada syaratnya dan apabila ia sudah bercanggah dengan syarat dan moral kerjasama, maka PAS akan buat keputusan,” katanya.

Semalam, Muktamar Dewan Pemuda PAS menerima sebulat suara usul cerai ‘talak tiga’ PAS ke atas PKR untuk menamatkan tahaluf siyasi yang selaras dengan keputusan dibuat oleh Dewan Ulama PAS sehari sebelum itu.

Abdul Hadi, ketika ditanya mengenai sasaran PAS menang 40 kerusi Parlimen dalam PRU ke-14 nanti, menegaskan ia sebagai suatu yang realistik berbanding cawangan dimiliki parti itu di 195 kawasan Parlimen di seluruh negara.

“Kita adalah parti yang berpijak di bumi nyata… kita ada cawangan di 195 daripada 222 kawasan Parlimen, jadi sasaran 40 kerusi itu tidak ekstrem. Kalau nak kira sasaran itu masih lagi sederhana, tetapi ia bersifat realistik…

“Ada parti lain yang tidak ada cawangan pun tetap bergantung kepada jentera PAS yang bergerak di seluruh negara,” katanya tanpa merujuk mana-mana parti ketika menceritakan pengalaman PAS sewaktu beberapa PRU terdahulu.

Mengulas inti pati ucapan dasarnya, Abdul Hadi berkata ia bukan bertujuan untuk mengupas isu politik di negara ini, sebaliknya cuba menerapkan kepentingan pengukuhan ilmu dalam kalangan perwakilan parti Islam tersebut.

“UMNO pun saya tak sebut, DAP pun saya tak sebut,” katanya nada sinis menjawab mengapa rakan tahaluf siyasi, iaitu PKR langsung tidak ‘meniti’ dalam ucapan terasnya berlangsung hampir sejam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Abdul Hadi AwangPASPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd