• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Norza Presiden Baharu BAM Bagi Penggal 2017/2021

oleh
30/04/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmi menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat suara oleh Ahli Majlis badan induk itu bagi penggal 2017/2021.

Mohamad Norza menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkuat kuasa hari ini sekali gus menyaksikan BAM masih mengekalkan tradisi 32 tahun untuk tidak mempertandingkan jawatan tertinggi sukan itu.

Beliau akan dibantu oleh dua timbalan presiden iaitu Tan Sri Abdul Aziz Hussain dan Datuk Lim Teong Kiat.

Jawatan setiausaha kehormat BAM masih disandang Datuk Ng Chin Chai yang mengekalkan jawatan itu selama tujuh tahun berturut-turut manakala Datuk V. Subramaniam dipilih memegang jawatan bendahari.

Sebelum ini jawatan nombor satu sukan itu menjadi tumpuan apabila tercetusnya ‘gentlemen’s agreement‘ iaitu perjanjian antara Mohamad Norza, Tengku Mahaleel dan bekas pemangku presiden, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid mengenai jawatan kerusi panas itu.

Namun isu tersebut selesai setelah Mohamed Al Amin bersetuju memberi laluan kepada Mohamad Norza selepas diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada sidang media yang turut dihadiri Penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansor di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya baru-baru ini.

Ahli majlis BAM juga bersetuju untuk melantik Mohamed Al Amin sebagai Penasihat BAM.

Seramai 14 ahli gabungan hadir pada AGM yang diadakan di Hotel Dorsett Subang di sini.

Berikut adalah senarai kepimpinan baharu BAM bagi penggal 2017/2021:

Presiden: Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria;
Timbalan Presiden : Tan Sri Abdul Aziz Hussain dan Datuk Lim Teong Kiat.
Setiausaha Kehormat: Datuk Ng Chin Chai;
Penolong Setiausaha Kehormat : Mohd Taupik Hussain;
Bendahari: Datuk V. Subramaniam

– BERNAMA

Tags: badmintonBAMMohamad Norza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd