• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kuman Politik’ Tak Mampu Gugat Sabah-Persekutuan

oleh
29/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIPITANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hubungan akrab kerajaan Sabah dan kerajaan Persekutuan tidak mampu diganggu-gugat oleh mana-mana pihak termasuk “kuman politik”.

Beliau yakin mana-mana pihak sama ada individu atau tokoh tidak akan mampu merosakkan atau memutuskan hubungan yang cukup rapat itu yang telah terjalin sejak sekian lama.

” Rugilah jika ada orang, individu atau tokoh atau ‘kuman politik’ yang cuba untuk merosakkan hubungan yang cukup baik ini.

“Yakinlah, saya ingin menegaskan, sebagai orang yang membantu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), tidak ada orang yang boleh memutuskan hubungan yang baik ini yang sudah sekian lama terjalin.

“Tidak ada sesiapa yang boleh memutuskannya. Usahalah bagaimana, kecuali dengan izin Allah Taala,” katanya ketika berucap merasmikan Festival Antarabangsa Gasing dan Tamu Besar (GATA) Sipitang 2017 di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Antarabangsa GATA 2017 Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Justeru, Ahmad Zahid berkata hubungan akrab kerajaan pusat dan kerajaan Sabah perlu terus diperkukuh bagi memastikan pentadbiran kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sekarang terus kuat dan kukuh.

Katanya hanya kerajaan yang kuat dan kukuh sahaja yang mampu menjamin kemakmuran rakyat serta pertumbuhan ekonomi yang baik sekali gus membawa kemakmuran kepada negara dan rakyat secara keseluruhannya.

Ahmad Zahid berkata Malaysia mengamalkan demokrasi dan membenarkan perbezaan pendapat namun perbezaan berkenaan perlu menjurus ke arah yang positif dan sekiranya perbezaan itu menjadi ‘parasit’ sehingga boleh merosakkan maka ia mesti ditolak.

“Sesuatu yang baik seharusnya dipertahankan ibarat sebuah rumah apabila bahagian bumbung, lantai atau dindingnya rosak tidak seharusnya rumah berkenaan dirobohkan sebaliknya perlu perbaiki bahagian yang rosak sahaja.

“Merobohkan rumah itu amat mudah namun untuk membangunkannya semula amat payah,” katanya.

Ahmad Zahid berkata untuk menukar kerajaan bukannya mudah sepertimana menukar baju yang juga perlukan ketelitian dari saiz dan ukuran, namun menegaskan ‘baju’ yang dipakai di Sabah sekarang sesuai dengan ukuran rakyat Sabah.

“Payungan politik yang kukuh dan baik itu akan dapat memberikan perlindungan kepada rakyat keseluruhannya kerana rakyat perlukan perlindungan yang terbaik daripada kerajaan yang terbaik,” jelas beliau.

Timbalan perdana menteri mengajak rakyat agar belajar daripada kesilapan lalu supaya tidak membuat keputusan apabila berada dalam keadaan marah atau sedih kerana terbukti sebelum ini bahawa keputusan yang dibuat dalam keadaan demikian adalah salah. – BERNAMA

Tags: SabahZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd