• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Sehala Di Cameron Highland Dilanjut Hingga Mei

oleh Ahmad Albab
29/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Laluan sehala yang dilaksanakan di dua lokasi tumpuan utama di Pekan Brinchang dekat Cameron Highlands dilanjutkan sehingga 17 Mei depan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Hasadid A. Hamid berkata ia bertujuan bagi mendapatkan kajian terperinci mengenai keberkesanan dan reaksi masyarakat terhadap pelaksanaan laluan sehala ini.

Tambah beliau, pelaksanaan laluan sehala ini merupakan titah Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang meminta jabatan berkaitan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kerja Raya mencari penyelesaian terhadap permasalahan lalu lintas yang sesak.

“Tuanku telah berkenan melawat daerah ini pada 15 Feb lepas sebelum menitahkan membuat kajian semula lalu lintas di kesemua pekan utama di Cameron Highlands iaitu di Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang bagi keselesaan semua,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Sebelum ini, laluan sehala membabitkan laluan dari KM64 hadapan Hotel Iris menuju ke Pekan Brinchang dan KM65 berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands menuju ke Tanah Rata dilaksanakan di peringkat percubaan selama sebulan bermula 17 Mac hingga 16 April lepas.

Hasadid berkata pemerhatian berkala dijalankan PDRM sepanjang tempoh percubaan ini terutama pada waktu cuti iaitu kadar kesesakan dapat dikurangkan dari 90 minit ke 45 minit.

“Kesesakan yang berlaku juga hanya satu arah sahaja iaitu di laluan Tanah Rata ke Kea Farm, tidak seperti sebelum ini kesesakan di kedua-dua arah kecuali pada waktu puncak manakala pada hari minggu lalu lintas seperti biasa tiada kesesakan berlaku,” katanya.

Katanya, satu daripada punca kesesakan lalu lintas adalah sikap penduduk dan pelancong yang bertindak meletakkan kenderaan di bahu jalan.

“Ini menyebabkan halangan pada kenderaan lain dan mengganggu aliran trafik dan pihak kami menjalankan penguatkuasaan sepenuhnya terhadap kesalahan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama serta sokongan penduduk setempat agar menyokong segala usaha yang dijalankan agensi terlibat dalam mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands.

“Saya sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH), R. Rama­krishnan baru-baru ini yang menyatakan Pemangku Raja Pahang tidak mengambil kira kesusahan penduduk dan peniaga di sini sedangkan Tuanku sangat prihatin terhadap rakyat.

“Malah tindakan beliau (Ramakrishnan) yang membuat bantahan lalu lintas hari ini berunsur kepentingan peribadi tanpa mengambil kira pendapat majoriti pengguna jalan raya yang lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: Cameron HighlandsLaluan Alternatif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JKR Buka Laluan Alternatif Gua Musang-Kuala Lipis Hari Ini

JKR Buka Laluan Alternatif Gua Musang-Kuala Lipis Hari Ini

15/04/2023
0

GUA MUSANG : Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melakukan penyuraian trafik di laluan alternatif Jalan Gua Musang-Kuala Lipis mulai hari...

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

06/01/2023
0

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd