• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batal Kahwin Kerana Bakal Mertua Tak Hidang Daging

oleh Ahmad Albab
29/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Seorang lelaki bertindak membatalkan perkahwinannya selepas berang apabila keluarga perempuan tidak menyediakan hidangan daging ketika jamuan di majlis itu.

Kejadian berlaku Rabu lalu di kampung Kulhedi di Muzaffarnagar, negeri Uttar Pradesh apabila rombongan bakal pengantin lelaki kecewa selepas mendapati hanya menu sayuran dihidangkan kepada mereka.

Keluarga perempuan tidak dapat menyediakan hidangan daging akibat krisis kekurangan bekalan daging di Uttar Pradesh selepas kerajaan mengharamkan rumah penyembelihan.

Pihak perempuan cuba berbincang dan menjelaskan kepada bakal pengantin lelaki tetapi mereka tetap tidak mahu meneruskan majlis perkahwinan itu.

Majlis perkahwinan itu akhirnya berjaya diselamatkan apabila seorang tetamu tiba-tiba tampil dan terus melamar pengantin perempuan berkenaan.

Wanita itu menerima lamarannya dan mereka dikahwinkan selepas dipersetujui keluarga.

Perkahwinan pasangan berkenaan juga mendapat kebenaran majlis ketua kampung di daerah itu.

Susulan arahan penutupan rumah penyembelihan haram di Uttar Pradesh, harga daging kerbau, kambing dan ayam meningkat hampir dua kali ganda.

Uttar Pradesh juga mengharamkan penyembelihan dan penjualan daging lembu.

Banyak rumah penyembelihan terpaksa ditutup sejak Yogi Adityanath dari parti BJP dipilih sebagai Ketua Menteri Uttar Pradesh yang baru pada 11 Mac lalu. – Agensi/myMetro Online

Tags: Indiamajlis perkahwinan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd