• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Formula Politik Pembangkang Rapuh – Annuar Musa

oleh Ahmad Albab
29/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Tindakan PAS untuk menamatkan kerjasama dengan PKR membuktikan formula politik pembangkang yang berasaskan kepada mengambil peluang berdasarkan politik kebencian dan ‘musuh bersama’ sebagai suatu yang amat rapuh.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata formula itu perlu dielakkan di negara ini kerana kestabilan merupakan perkara paling utama diperlukan rakyat, selain sebuah kerajaan yang mampu untuk mengotakan janji dan mentadbir secara baik.

“Formula itu bukan formula yang mampan untuk memberi pembelaan kepada rakyat dan kita telah melihatnya berlaku berkali-kali (berlaku dalam pembangkang). Formula pembangkang adalah formula yang amat rapuh.

“Kalau tiada kestabilan ertinya mereka tidak boleh melaksanakannya. Mereka (pembangkang) terus mencari-cari satu formula dalam hubungan dan politik mereka,” katanya semasa ditemui selepas menghadiri program Ceramah Rakyat Parlimen Temerloh yang bertemakan ‘Negaraku Generasiku’ di Mentakab di sini, semalam.

Anggota Parlimen Ketereh itu berkata demikian semasa diminta mengulas keputusan Muktamar Dewan Ulama PAS kelmarin, yang meluluskan tanpa bahas usul untuk memutuskan ‘tahaluf siyasi’ (kerjasama politik) dengan PKR.

Annuar juga melihat keputusan itu akan membawa perubahan kepada landskap politik negara kerana PAS menjadi ‘kuasa ketiga’ selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan kerana perlu bergerak sendirian selepas memutuskan hubungan dengan sekutu mereka sebelum ini, iaitu DAP, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Annuar juga menyelar tindakan sesetengah pemimpin pembangkang mengkritik tindakan PAS itu kerana menyifatkan mereka seharusnya menghormati pendirian PAS memandangkan setiap parti politik berhak membuat keputusan sendiri.

“Mereka (PAS) tentukan keputusan itu dalam kongres mereka…muktamar yang melibatkan pimpinan tertinggi mereka. PAS juga seperti parti lain ada hak-hak sendiri dan pada saya ia harus dihormati, ” katanya.

Annuar menambah Barisan Nasional (BN) dan UMNO juga tidak seharusnya berasa selesa dengan perkembangan itu, sebaliknya perlu melipatgandakan usaha memberi penerangan kepada rakyat agar mereka tidak termakan dengan dakyah pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14.

“Kita cuma akan lihat apa yang akan berlaku…harap ia akan membawa kebaikan kepada rakyat dan seterusnya membawa kestabilan negara. BN dan UMNO jangan alpa kerana kita perlu rapat dengan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Annuar Musapembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd