• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Irfan Catat Rekod Baru Kejohanan Terbuka Singapura

oleh AK-47
28/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin mencatat rekod baru kejohanan pada hari kedua Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura, namun kecederaan jaguh pecut, Khairul Hafiz Jantan jelas lebih mencetuskan kebimbangan.

Ketika ini, skuad negara pastinya mengharapkan ia bukan kecederaan hamstring yang mungkin memaksa Khairul Hafiz berehat panjang, sekali gus menjejaskan penyertaannya ke temasya Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos nanti.

Khairul Hafiz mengalami kecederaan itu ketika beraksi di final acara 100 meter apabila hampir terjatuh selepas berlari sejauh 50m tetapi tetap meneruskan lariannya untuk hanya menduduki tangga keempat acara tersebut dengan masa 10.86 saat, di belakang rakan senegara, Muhammad Haikal Hanafi yang menduduki tempat ketiga dengan catatan 10.85 saat.

​​​​​Acara itu yang tidak disertai bekas Raja Pecut Asia Tenggara, Jirapong Meenapra dari Thailand, dimenangi peserta Indonesia, Mudiyasa I Dewa Made dengan catatan 10.72s manakala tempat kedua milik Anfernee Lopena dari Filipina yang mencatat 10.73s.

Berikutan kecederaan Khairul Hafiz, Malaysia terpaksa menarik diri daripada acara 4x100m lelaki, antara acara yang disasarkan menyumbang pingat emas di Sukan SEA nanti.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia, Datuk Karim Ibrahim berkata penarikan diri rangkaian 4X100m negara itu perlu dilakukan kerana bimbang akan memudaratkan kecederaan Khairul Hafiz menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur.

“Namun, saya yakin beliau mampu bangkit dan membuat kejutan pada Sukan SEA nanti,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Irfan berjaya memecah rekod kejohanan 57.42m yang dipegang Lee Newman dari Wales sejak 1998 apabila melempar sejauh 57.59m, untuk mengatasi dua peserta Jepun, Yuji Tsutsumi dan Go Chinen, yang masing-masing mencatat 54.88m dan 49.94m.

Menyifatkan ia sebagai ‘acara memanaskan badan’, pemegang rekod kebangsaan itu berkata beliau akan ke Eropah bagi menyertai pertandingan antaranya di Slovakia, Jerman dan Austria selama dua bulan mulai minggu depan.

Dalam pada itu, Karim berpuas hati dengan pencapaian atlet negara di kejohanan dua hari yang tamat hari ini.

Malaysia berjaya merangkul tujuh pingat emas yang disumbang melalui acara lompat tinggi lelaki dan wanita, lempar cakera lelaki dan wanita, 4x100m wanita, 1,500m lelaki, dan lompat kijang lelaki.

KOM menghantar 27 peserta termasuk dua atlet paralimpik, Abdul Latif Romly yang juga Olahragawan Kebangsaan 2016 dan Muhammad Ziyad Zolkefli.

“Ini merupakan antara persiapan kita menghadapi Sukan SEA. Prestasi amat memberangsangkan kerana terdapat kalangan peserta yang tampil kali pertama di kejohanan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: lempar cakeraMuhammad Irfan Shamsuddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MSN, KOM Kecewa Tuduhan Irfan Terhadap Menteri

17/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) kesal dengan tindakan atlet olahraga kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin yang memilih meluahkan rasa...

Muhammad Irfan, Atlet Muda Dalam Kelas Tersendiri

29/05/2017
0

KUALA LUMPUR - Pada usia 22 tahun, atlet muda Muhammad Irfan Shamsuddin berada dalam kelas tersendiri apabila beliau memperbaharui rekod...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd