• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MSN, KOM Kecewa Tuduhan Irfan Terhadap Menteri

oleh
17/01/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Sukan Negara (MSN) kesal dengan tindakan atlet olahraga kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin yang memilih meluahkan rasa tidak puas hatinya berkenaan perlucutan jawatan jurulatihnya di laman media sosial.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, keputusan perlucutan kontrak jurulatihnya, Frantisek Petrovic merupakan keputusan Muhammad Irfan yang berpendapat sudah terlalu lama dia menggunakan khidmat jurulatih yang sama.

Beliau turut menegaskan, isu pembiayaan program latihan luar negara Muhammad Irfan ditolak kerana pihaknya tidak memperoleh maklumat lengkap berhubung pusat latihan dan skop latihan yang akan digunakan di sana.

“MSN tidak menerima sebarang surat atau sebut harga rasmi daripada mana-mana persatuan atau kelab olahraga dari negara Republik Czech atau Turki yang boleh menyatakan persetujuan mereka menerima Muhammad Irfan sebagai pelatih di kedua-dua negara itu,” kata beliau dalam kenyataan pada Khamis.

 

View this post on Instagram

 

Just wanna ask you @syedsaddiq, mula2 you bubarkan PODIUM. Then my coach ditamatkan contract serta merta selepas saya pecahkan record kebangsaan 13 kali, 3x SEA Games gold and Asian Championship Silver medal yang saya bersama sama achieved with my coach within 6 years of working together dan elaun dipotong separuh. I’m still alright with it, but right now the situation is I’m without coach dan saya nak pergi training camp tapi tiada bajet (ticket flight saya dah beli). May I ask you a question Yb, you suruh athletes buat results, but you terminate my coach contract, and now that I’ve a new coach(so far saya bayar pakai duit saya sendiri) and right now you tell me, saya takda coach, and then my plan to train overseas tak diluluskan. Explain to me? adakah ini yang YB maksudkan dengan #youthpower? What’s your vision and mission in our sports actually YB? #youthpower #formycountry

A post shared by Irfan Shamshuddin (@irfan_sham) on Jan 16, 2019 at 6:06am PST

Baru-baru ini Irfan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perlucutan jawatan jurulatih beliau dan pembiayaan program latihan luar negara yang ditolak MSN menerusi akaun instagram peribadinya.

Beliau juga tidak berpuas hati dengan kesulitan untuk meneruskan latihannya ke Eropah dan meminta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengambil tindakan.

Berhubung tuduhan Muhammad Irfan itu juga, Ahmad Shapawi memberitahu, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya dakwaan berkenaan dan setiap keputusan yang dibuat tidak ada kaitan dengan arahan Menteri Belia dan Sukan.

Sementara itu, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang juga kesal dengan tindakan Muhammad Irfan itu menggesa atlet berkenaan menarik semula kenyataannya.

Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim berkata, tindakan Muhammad Irfan berkongsi kekecewaan di laman media sosial tidak sewajarnya dilakukan atlet itu.

“KOM amat kesal dengan apa yang terjadi dan berharap agar Irfan bersabar bagi setiap yang dikehendakinya kerana sebarang keputusan perlulah dibuat secara kolektif,” kata Ibrahim dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Dalam masa sama, KOM, tambah beliau, memohon maaf dan berharap Irfan dapat menarik balik tuduhannya serta mengadakan perbincangan semula dengan jawatankuasa KOM. – Astro Awani

Tags: atletMuhammad Irfan ShamsuddinSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd