• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tidak Wajar Buat Persepsi Jijik! – PAN

oleh AK-47
29/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “PAS tidak sewajarnya membuat persepsi jijik demi menggagalkan hasrat rakyat membuat perubahan,” dakwa Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Sany Hamzan.

Beliau mendakwa, tindakan PAS membangkitkan tentang parti sekular sosialis akan memerintah negara jika Barisan Nasional (BN) tumbang bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat.

Dakwa beliau, PAS kini menjadi pihak ketiga yang menganggu usaha Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk membentuk kerajaan baharu.

“Kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak rakyat memilih sama ada PAS atau UMNO dan menolak parti-parti yang lain.

“Timbalan Mursyidul AM PAS, Datuk Ahmad Yaacob berkata tidak ada gunanya menjatuhkan kerajaan sekarang yang dipimpin oleh BN.

“Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian dengan memberi gambaran yang sangat negatif dengan mengatakan parti sekular sosialis akan memerintah sekiranya BN dijatuhkan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad semalam menegaskan adalah bahaya jika Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP bersama sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN dibenarkan memerintah negara ini.

Beliau berkata Malaysia akan menjadi sebuah negara sekular sosialis seperti yang dimahukan DAP selama ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mohd. Sany HamzanPANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd