• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Kunjungi Kedai Roti Milik Rakyat Malaysia Di Manila

oleh AK-47
29/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sempat meluangkan masa selama 45 minit daripada jadualnya yang padat dengan mengunjungi sebuah kedai roti, Naah!im Bakery, milik rakyat Malaysia di sini.

“Inilah contoh usahawan yang kita mahu sokong. Mereka merupakan usahawan muda dan kita mahu menggalakkan lebih ramai usahawan khususnya yang muda untuk tampil dan berani menyahut cabaran.

“Usahawan kedai roti ini berjaya mendapatkan semula modal mereka dalam masa sembilan bulan,” kata Najib.

Terletak di Hotel Belmont di tengah-tengah pusat hiburan Manila, Resorts World, Naah!im Bakery bermula daripada sekadar idea konsep untuk menghimpunkan pelbagai jenis makanan dan minuman terutamanya menu Barat dan Asia ke semua bandar utama di benua ini.

Antara keunikannya adalah jualan termasuk 50 jenis roti yang menunya ditukar setiap hari.

“Jujurnya, kami turut menyajikan makanan Malaysia. Malah, mungkin kami yang pertama memperkenalkan sajian menu Malaysia,” kata Ungku Raad Azeraai Ungku Mohd, 39 tahun.

Beliau yang juga rakan kongsi perniagaan itu berkata demikian kepada Perdana Menteri apabila ditanya bagaimana mereka dapat mempopularkan produk serta kedai berkenaan.

Malah, katanya, jualan pelbagai jenis roti itu juga berbeza daripada yang ditawarkan di pasaran.

Difahamkan juga, Ungku Raad dan tiga rakan niaga lain iaitu Ahmad Ferman Tjandra Ahmad, Mohd Kurniawan Naim Moktar serta Mohd Farez Yusof turut merancang untuk melebarkan perniagaan itu ke kawasan lain di Filipina.

Sementara itu, Perdana Menteri turut berkongsi kisah kejayaan empat usahawan muda itu menerusi catatan terbaharunya di Facebook dengan memuat naik gambar pelbagai menu di kedai berkenaan.

Pada gambar itu, Najib turut meletakkan keterangan “Menyokong empat usahawan muda Malaysia membuka kedai roti yang terbukti berjaya di Metro Manila serta contoh pelbagai pastri.” – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd