• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sejarah Hooligan 700 Tahun Mungkin Berakhir Di Malaysia

oleh
11/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini melancarkan kempen kesedaran ‘Love Football, Stop Hooliganism’ bagi membanteras gejala samseng dalam kalangan penyokong fanatik sukan popular itu. – Gambar hiasan

KALENDAR bola sepak 2014 tanpa disedari peminat di serata dunia sebenarnya genap ulang tahun ke-700 permainan paling popular di muka bumi ini mencipta sejarah hitam gejala samseng jalanan yang mewarnai arena sukan atau popular disebut sebagai hooligan.

Sesuai dengan istilah itu dan sebetulnya asal daripada slang dialek British, hooligan yang bermaksud geng penjenayah; mula mencipta sejarah pada tahun 1314 di England hingga memaksa Raja Edward II waktu itu mengharamkan bola sepak buat tempoh sementara.

Baginda terpaksa berbuat demikian apabila melihat dua kampung berjiran yang sebelum itu hidup harmoni tiba-tiba hampir mencetuskan perang saudara setelah penduduknya tegang berbalas melempar pundi babi di tengah padang hanya kerana permainan bola sepak

Itu cerita zaman Inggeris belum lagi bersatu menjadi United Kingdom of Great Britain dan Laksamana Hang Tuah bersama empat saudara belum lahir lagi di Melaka tetapi hakikatnya gejala samseng atau hooligan bukan kisah baharu malah sudah sebati tujuh abad lamanya.

Ramai mangsa kurang bernasib baik sama ada cedera atau maut dan akhir November lalu, dunia digemparkan dengan berita pemain Argentina, Franco Nieto mangsa terbaharu mati dibelasah sekumpulan hooligan tempatan di depan isteri dan bayi kecilnya sendiri.

Kapten berusia 33 tahun dari pasukan kelab wilayah, Tiro Federal itu diserang penyokong lawan selepas perlawanan menentang musuh tradisi, Chacarita Juniors di bandar Aimogasta yang menyaksikan lapan pemain bergaduh terpaksa dibuang padang oleh pengadil.

Di Malaysia, hooligan suatu ketika dulu sering sinonim dengan pasukan Kelantan sehingga menyebabkan banyak pasukan pelawat bimbang bermain di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu tidak kira sama ada lawan itu kalah, seri apatah lagi jika menang.

Khabarnya polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) waktu itu tidak tidur lena jika ada perlawanan di stadium tersebut keesokan hari bukan setakat mengawal nyawa pemain pelawat malah melindungi penyokong pasukan lawan agar dapat keluar dengan selamat.

Tidak ketinggalan peminat tegar pasukan Sarawak yang pasti mencetuskan hura-hara di dalam stadium dengan pembakaran suar api selain melempar objek kecil seperti botol air mineral namun itu kisah lama sebelum era digital internet dan laman sosial maya wujud.

Akhir-akhir ini tumpuan media lebih ke arah kelab berprestij JDT yang terkenal dengan barisan pemain bertaraf bintang selain beberapa titah kontroversi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sejak menerajui pasukan yang asalnya dulu Johor FC.

Berbanding Johor selaku pasukan rasmi negeri, JDT lebih digeruni pasukan lawan bukan kerana permainan mantap pemain-pemainnya, tetapi sikap fanatik kumpulan penyokong yang sering mencetuskan provokasi sebelum, semasa bahkan selepas perlawanan tamat.

Dikenali sebagai Inter Johor Firms (IJF), peminat tanah air mengenali kelibat penyokong terbabit yang menutup separuh muka atau wajah topeng macam si adiwira Zorro selain berpakaian gelap dan aktif bersorak kuat tanpa henti sepanjang 90 minit perlawanan.

Kemuncak hooligan di Malaysia pastinya merujuk perlawanan pertama Piala AFF Suzuki antara skuad Harimau Malaya bertemu Vietnam di Shah Alam, Ahad lalu yang mencemarkan imej negara ketika berbaki tiga minggu akhir kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sendiri dilaporkan kecewa dengan insiden memalukan itu dan terpaksa memohon maaf kepada pihak Vietnam di sebalik kebimbangan tindak balas penyokong negara itu pada perlawanan timbal balas di Hanoi kelak.

Barang kali ada hikmahnya kejadian terburuk itu kerana ia bukan setakat menyaksikan IJF yang selama ini ditakuti tiba-tiba dibubarkan serta-merta kelmarin sejurus Tunku Ismail menitahkan mereka diharamkan memasuki stadium yang ada perlawanan melibatkan JDT.

Biarpun keputusan tersebut tiada kaitan dengan insiden di Stadium Shah Alam, ramai melihat tindakan spontan JDT itu memberi isyarat jelas kepada penyokong hooligan di Malaysia bahawa negara ini masih lagi tegas terhadap gejala kegiatan samseng ganas.

Mungkin belun terlambat menyatakan, ia adalah langkah awal pihak berkuasa dalam usaha serius memerangi budaya liar di peringkat asas aktiviti sukan popular dan kebetulan selaras dengan prinsip terakhir Rukun Negara sendiri iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’.

Tags: bola sepakhooliganMalaysia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

iGaming Di Malaysia: Gambaran Semasa 2026

iGaming Di Malaysia: Gambaran Semasa 2026

21/04/2026
0

Semasa anda melayari internet, pernahkah anda melihat iklan daripada pengendali kasino dalam talian? Ya, iklan sebegini bukan lagi sesuatu yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd