• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Pemuda PAS Lulus Usul Cerai PKR ‘Talak 3’

oleh
29/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Selepas Dewan Ulama PAS meluluskan usul untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR tanpa bahas, kini tiba giliran Dewan Pemuda parti itu pula bertindak sama.

Muktamar tahunan sayap pergerakan parti Islam tersebut yang berakhir sebelum solat Jumaat menyaksikan suasana gemuruh apabila semua perwakilan Pemuda PAS menyokong usul ‘bercerai’ hubungan dengan PKR.

Usul berkenaan malah diluluskan dengan sebulat suara oleh keseluruhan perwakilan yang bersidang dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-58 di Kompleks PAS Negeri Kedah di Kota Sarang Semut di sini hari ini.

Perwakilan Terengganu, Abdul Rahman Che Mat yang membawakan usul tersebut berkata, perkara berkenaan diusulkan berikutan tindakan PKR yang kerap kali melakukan serangan terhadap PAS dan saf kepimpinannya.

Beliau juga menyatakan PKR turut melemparkan pelbagai tohmahan terhadap presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain melanggar syarat-syarat ditetapkan dalam mengadakan hubungan tahaluf siyasi dengan PAS.

“Atas sebab-sebab yang dikatakan inilah, maka kami dengan ini bersetuju untuk mencadangkan agar hubungan tahaluf siyasi dengan pihak PKR langsung diputuskan dengan talak tiga.

“Hubungan ini perlu diputuskan kerana serangan-serangan yang dilakukan oleh PKR terhadap PAS membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk menyerang parti ini,” kata beliau ketika membentangkan usul berkenaan.

Usul pemutusan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama secara politik antara PAS dengan PKR berkenaan juga disokong oleh perwakilan Dewan Pemuda PAS dari kawasan Shah Alam, Selangor ketika perbahasan.

Wakil Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, serangan berterusan yang dilancarkan oleh PKR akan menyebabkan parti itu terpaksa menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 tanpa bantuan PAS.

Tindakan tersebut juga boleh menyebabkan PKR kehilangan jawatan Menteri Besar di Selangor yang kini disandang oleh Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali setelah menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Tetapi ingat, kalau tanpa jemaah ini bantu, kerusi Menteri Besar penggal ini merupakan yang terakhir untuk beliau,” katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau turut mencabar Rafizi Ramli untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pandan dalam PRU Ke-14 sekiranya Naib Presiden PKR itu sanggup berdepan dengan gerak gempur yang dilancarkan ahli-ahli Dewan Pemuda PAS.

Ini kerana ujar Mohamad Sukri, pihaknya kesal dengan tuduhan tidak berasas yang sering dilemparkan oleh Rafizi sejak kebelakangan ini terhadap kepemimpinan parti berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PASPKRTahaluf Siyasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd