• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Ketua Editor Berita TV3 Diarah Bayar Ganti Rugi

oleh Ahmad Albab
29/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Mahkamah Tinggi di sini hari ini, memerintahkan bekas ketua pengarang berita TV3, Mohd. Khaidir Ahmad membayar ganti rugi RM50,000 kepada penolong pentadbir tanah Temerloh kerana memfitnahnya di laman Facebook, Mei tahun lalu.

Hakim Hassan Abdul Ghani turut memerintahkan Mohd Khaidir, 55, selaku defendan untuk membayar faedah pada nilai lima peratus setahun bermula hari ini sehingga tarikh penyelesaian penuh dan kos RM15,000 kepada plaintif, Mohd. Iqbal Zainal Abidin.

“Mahkamah juga membenarkan permohonan plaintif untuk menghalang defendan, pekerja atau ejennya daripada mengeluarkan dan menerbitkan sama ada secara lisan, maya atau bercetak sebarang kenyataan berbentuk fitnah terhadap plaintif,” katanya.

Hassan membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan Mohd. Iqbal yang diwakili peguam, Adnan Seman@Abdullah yang turut mengemukakan dua saksi bagi menyokongnya, manakala Mohd. Khaidir yang kini bekerja sendiri tidak membawa saksi lain selain dirinya.

Mohd. Iqbal semasa ditemui berkata beliau bersyukur dengan keputusan itu kerana membersihkan namanya daripada dakwaan defendan yang menuduhnya sebagai seorang pegawai korup sehingga menimbulkan persepsi negatif masyarakat.

“Sebagai penjawat awam, saya dan mereka yang lain dalam bidang ini menjalankan kerja dan terikat dengan peruntukan undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, bukan mengikut kepentingan peribadi.

“Kes ini telah menjejaskan kepercayaan orang kerana posting di Facebook defendan juga dihubungkan (tag) kepada kerajaan negeri Pahang, menteri dan pihak istana sehingga menyebabkan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh perlu memberi penjelasan,” katanya.

Adnan pula menyifatkan keputusan itu sebagai teladan kepada defendan dan masyarakat untuk lebih berdisiplin serta berhati-hati semasa memuat naik status di medium sosial, khususnya jika kenyataan itu menyentuh peribadi atau integriti individu atau institusi.

Sementara itu, Mohd Khaidir memberitahu beliau akan mengarahkan peguam T.Gunaseelan dan Ikmal Hisham Idris yang mewakilinya untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu secepat mungkin.

Pada 14 Ogos 2016, Mohd. Iqbal memfailkan saman fitnah terhadap Mohd. Khaidir kerana mendakwa defendan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam akaun Facebook ‘Khaidir Ahmad’ antara 21 dan 24 Mei 2016 yang mengundang pelbagai komen negatif dan tidak benar daripada defendan dan rakan laman sosialnya.

Plaintif mendakwa semua kenyataan itu membawa maksud beliau seorang pegawai yang korup dan terlibat rasuah, menyalahguna kuasa, berniat jahat terhadap defendan, penipu, tidak berhati perut serta menganiaya bangsa sendiri.

Plaintif mendakwa kenyataan itu ekoran tindakan defendan yang marah kerana beliau menandatangani notis bertarikh 15 Mei 2015 berkaitan isu pendudukan tanah kerajaan tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri kepada defendan.

Notis itu dikeluarkan kerana defendan melanggar undang-undang dengan menaikkan papan tanda ‘Projek Ternakan Ikan Sangkar, Nama: Khaidir Bin Ahmad, TOL/LPS PTT/234/2015/11’ dan memasang sangkar ikan di kawasan yang telah diluluskan untuk operasi pam pasir kepada Hamzah Mohamed.

Plaintif mendakwa walaupun operasi pam pasir itu dihentikan oleh Pentadbir Tanah dan Daerah sehingga mendapat ulasan pelbagai agensi ekoran bantahan penduduk termasuk defendan.

Namun Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dan permit Hamzah masih sah dan berkuat kuasa kerana telah membuat segala pembayaran, belum tamat tempoh atau ditarik balik.

Sehubungan itu, plaintif mendakwa tindakan beliau menandatangani notis kepada defendan adalah mengikut peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Plaintif mendakwa defendan turut enggan memohon maaf, memadam dan menarik semula perkataan fitnah itu meskipun beliau telah menghantar surat tuntutan kepada defendan pada 28 Mei 2016. – BERNAMA

Tags: Saman Fitnahtv3
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Legenda Wartawan TV3, Datuk Karam Singh Walia Meninggal Dunia

Legenda Wartawan TV3, Datuk Karam Singh Walia Meninggal Dunia

06/04/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Dunia kewartawanan negara kehilangan seorang tokoh berpengaruh apabila wartawan penyiaran tersohor, Datuk Karam Singh Walia...

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

22/09/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Disember ini untuk memberikan keputusannya terhadap rayuan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berhubung saman fitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd