• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Pelajar Dakwa Dipukul Ustaz Di Sekolah Agama

oleh Ahmad Albab
29/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Satu lagi kes pukul di sebuah sekolah agama telah tersebar tular dengan seorang budak lelaki berusia 11 tahun mendakwa seorang ustaz di sekolahnya telah mendera dirinys.

Malah, lelaki tersebut turut mengugut untuk mengenakan hukuman yang lebih berat jika perkara berkenaan dimaklumkan kepada ibu bapanya.

“Dia juga berkata otak saya tidak akan dapat menghafal al-Quran jika saya mengadu tentang apa yang berlaku,” kata Muhammad Resan Abdullah.

Ustaz berkenaan namun telah didakwa di sebuah mahkamah tetapi selepas membaca tentang nasib yang menimpa Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi, ibu bapa Muhammad Resan telah menghubungi peguamnya.

“Dia kebetulan sebaya dengan anak saya. Saya fikir apa yang berlaku kepada anak saya adalah kes terpencil tetapi nampaknya tidak.

“Kami telah bercakap dengan peguam kami untuk melihat apa yang boleh kami lakukan,” kata ibu kanak-kanak itu, Suraya Fatima Abdullah.

Wanita itu bahkan berhasrat untuk mengkaji semula kes tersebut. Ustaz terbabit didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Mohamad Thaqif meninggal dunia pada Rabu akibat komplikasi kesihatan selepas dia didera oleh seorang pembantu warden di Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor.

Suraya Fatima berkata, beliau sedih dengan berita kematian Mohamad Thaqif dan sedar perkara yang sama mungkin boleh berlaku kepada anaknya.

“Penderaan seperti ini perlu dihentikan. Ibu bapa hantar anak mereka ke sekolah agama untuk mendapatkan pengetahuan dan menjadi Muslim yang baik, bukan untuk dipukul seperti ini,” katanya.

Menurut laporan perubatan Muhammad Resan ini, dia dikesan mempunyai pelbagai kesan lebam di bahagian belakang dan dada.

Dia juga didapati mengalami sembelit yang teruk kerana pengambilan serat dan cecair yang rendah.

“Anak saya dirawat di Hospital Klang (Hospital Tengku Ampuan Rahimah) selama dua minggu,” kata Suraya Fatima.

Muhammad Resan hanya berada di sekolah itu untuk beberapa minggu sebelum ibu bapanya mendapati dia berada dalam keadaan lemah dan melihat kesan lebam di badannya. – mStar Online

Tags: Kes derasekolah agamatahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kerajaan pada tahun 2003 pernah membatalkan semua peruntukan kepada...

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd