• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBT Kedah Sasar Tiada Aduan Kebersihan Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
28/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kerajaan negeri Kedah yakin dapat mencapai sasaran sifar aduan tentang kebersihan di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu menjelang akhir tahun ini, kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Badrol Hisham Hashim.

Katanya, keyakinan untuk mencapai sasaran ini adalah berlandaskan penurunan drastik jumlah aduan yang diterima pada tiga bulan pertama tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Dalam tempoh Januari hingga Mac ini, hanya 28 aduan tentang kebersihan telah diterima dari seluruh negeri Kedah berbanding beribu-ribu aduan yang diterima pada tahun-tahun sebelumnya,” katanya kepada media selepas merasmikan Bazar ‘Ladies Market’, pasar khusus menjual barangan wanita, di Kompleks Pekan Rabu di sin, semalam.

Mengenai ‘Ladies Market’ itu, Badrol Hisham berkata ia merupakan satu langkah yang dapat menarik lebih ramai lagi pelancong ke pulau peranginan itu.

Bazar tersebut akan berlangsung sehingga 8 Mei ini dan dianjurkan bersama oleh Pejabat Daerah Langkawi dan Persatuan Pelancongan Langkawi. – BERNAMA

Tags: KedahPBT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Isu tular melibatkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam bahasa Cina berlaku...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd