• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tiba Di Manila Bagi Sidang Kemuncak ASEAN

oleh AK-47
28/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada Khamis untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30 dan mesyuarat berkaitan pada 26-29 April, 2017 di Metro Manila.

Pesawat yang membawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di sini pada 5.30 petang.

Mereka disambut, antaranya oleh Penasihat Presiden bagi Proses Damai Filipina, Jesus F Dureza; bakal Duta Besar Filipina ke Malaysia, Charles Jose; Duta Besar Malaysia ke Filipina, Datuk Raszlan Abdul Rashid dan Pegawai Protokol Kedutaan Malaysia, Kolonel Hamzah Ali.

Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu dan Filipina menjadi tuan rumah pada 2017 susulan peranannya sebagai pengerusi.

Delegasi Perdana Menteri termasuklah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Delegasi itu juga termasuk para pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Unit Perancang Ekonomi.

Selain menyertai sidang kemuncak itu, Perdana Menteri akan turut mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) Ke-10 serta menghadiri Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) Ke-12 yang akan dipengerusikan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Perdana Menteri juga dijadual menyampaikan ucap tama pada Sidang Kemuncak ‘Kesejahteraan Untuk Semua’ anjuran Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC).

Sidang yang menyaksikan Filipina selaku tuan rumah, bertemakan ‘Kerjasama Untuk Perubahan, Melibatkan Dunia,’ jelas menggambarkan usaha Manila menggalakkan perpaduan dalam kalangan 10 negara anggota ASEAN dan rakannya di peringkat global.

Kali terakhir Najib berada di Manila adalah bagi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 2015. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd