• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Warga Emas Bukan Disebabkan H1N1

oleh Ahmad Albab
26/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kematian seorang warga emas berusia 59 tahun di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pagi tadi bukan disebabkan H1N1, kata Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohammad Omar.

Sebaliknya, kata Dr Mohammad, mangsa yang meninggal dunia pada pukul 8.10 pagi tadi disebabkan komplikasi jantung akibat beberapa penyakit kronik yang dihidapi beliau sebelum ini seperti kencing manis, darah tinggi dan kegagalan buah pinggang.

“Beliau juga telah menjalani dialisis serta “cerebral infarction” pada otak yang membuatkan beliau jatuh koma.

“Mangsa mendapat jangkitan H1N1 bersama menantunya dan dimasukkan ke wad sejak 10 April lepas kerana masalah pernafasan dan penyakit-penyakit kronik itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa juga telah menerima rawatan anti-viral ‘Tamiflu’ selama lima hari dan penyakit H1N1 beliau disahkan telah pulih sepenuhnya.

“Bagaimanapun, menantu beliau yang hamil meninggal dunia disebabkan H1N1 pada 13 April lepas. Namun kematian warga emas tersebut bukan berpunca daripada H1N1.

“Justeru saya berharap semua pihak tidak keliru dengan spekulasi yang disebarkan menerusi media sosial berkaitan kematian warga emas itu,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata sesiapa sahaja boleh menghidapi H1N1, namun ia akan pulih dalam tempoh beberapa hari.

“Hanya empat golongan yang berisiko ditimpa masalah kesihatan apabila menghidap H1N1 iaitu wanita hamil, kanak-kanak berusia bawah 12 tahun, warga emas dan pesakit jantung, kencing manis atau darah tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: H1N1
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian COVID-19 10 Kali Ganda Berbanding H1N1 – WHO

14/04/2020
0

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, kematian akibat COVID-19 adalah 10 kali ganda daripada wabak H1N1 yang pernah menyebabkan...

SK Stella Maris Ditutup, 7 Pelajar Positif Influenza

22/01/2020
0

KOTA KINABALU - Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris Tanjung Aru di sini ditutup selama seminggu bermula hari ini selepas tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd