• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cari Tapak Sesuai Untuk Lapangan Terbang Baharu

oleh Ahmad Albab
26/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan Perak masih mencari tapak yang sesuai untuk pembinaan lapangan terbang yang baharu bagi menggantikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Tanpa menjelaskan secara terperinci, Zambry membayangkan lokasi baharu itu tidak akan terletak jauh dari pusat bandar Ipoh agar ia lebih pratikal untuk kegunaan orang ramai.

“Untuk membina (lapangan terbang baharu) di Ipoh, kita tiada kawasan yang sesuai, tiada tanah.

“Pembinaan lapangan terbang baharu ini penting untuk pembangunan masa depan dan lokasi sesuai akan diumumkan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata Perak berpotensi menjadi hab perubatan selain mempunyai peluang untuk dikembangkan sebagai pusat pelancongan perubatan berdasarkan pertemuannya dengan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia Cawangan Perak semalam.

“Kita menerima maklum balas mengenai keadaan sistem kesihatan di negeri ini termasuk cadangan mewujudkan suasana yang baik bagi kemudahan pelancong untuk menjadikan Perak sebagai pusat pelancongan perubatan khususnya dari Indonesia,” katanya.

Bagaimanapun, Zambry berkata antara masalah yang dihadapi untuk merealisasikan hasrat itu adalah LTSAS yang bukan hanya mempunyai keluasan terhad, tetapi syarikat penerbangan yang beroperasi juga tidak banyak.

“Kita akan bincang mencari kaedah paling baik untuk bawa syarikat penerbangan menggunakan lapangan terbang ini agar ramai penumpang menggunakannya.

“Masalah sekarang ialah kekurangan penumpang dari Ipoh ke Medan, tapi dari Medan ke Ipoh ramai. Kita akan bincang perkara ini bagi memastikan syarikat penerbangan tidak rugi,” katanya.

Ketika ini hanya tiga syarikat penerbangan beroperasi di LTSAS iaitu Firefly, Malindo Air dan TigerAir dari Singapura. – BERNAMA

Tags: lapangan terbangPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan menganjurkan konvoi Mat Motor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail...

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd