• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Sasar Kutipan RM4 Bilion Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
26/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan kutipan hasil RM4 bilion tahun ini bagi semua perkhidmatan yang ditawarkan selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan iaitu peningkatan kutipan lima peratus setiap tahun.

Pengarah Kewangan Bahagian JPJ Datuk Kamarudin Mohamad Sa’ad berkata pada tahun lepas, JPJ mengutip hasil kira-kira RM3.9 bilion meningkat enam peratus berbanding RM3.7 billion pada tahun sebelumnya.

JPJ merupakan jabatan ketiga yang berjaya meraih kutipan hasil tertinggi pada tahun lepas, selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari JPJ Malaysia ke-71 peringkat negeri di sini, hari ini.

“Peningkatan kutipan hasil ini ekoran perluasan perkhidmatan yang telah kita laksanakan sepanjang tahun lepas selain peningkatan pengguna jalan raya yang menyumbang pada penggunaan perkhidamtan yang ditawarkan.

“Kita juga sentiasa menggerakkan Kaunter 1JPJ supaya perkhidmatan jabatan dapat sampai ke semua peringkat masyarakat termasuk di kawasan pedalaman yang jauh dari cawangan JPJ bagi memberi kemudahan yang menyeluruh,” katanya .

Kamarudin berkata JPJ memerlukan tambahan 14 buah Kaunter 1JPJ, dalam usaha memperluaskan lagi perkhidmatan jabatan berkenaan secara lebih efisien, dan berharap ia dapat diperolehi dalam masa terdekat.

“Setakat ini, kita hanya mempunyai 14 van yang berfungsi sebagai Kaunter 1JPJ dan ada JPJ negeri iaitu Perlis dan Negeri Sembilan tidak mempunyai kaunter ini. Ia adalah satu keperluan untuk menambah baik mutu dan memperluaskan rangkaian perkhidmatan sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Kamarudin berkata JPJ bekerjasama dengan Pos Malaysia bagi menggalakkan pelanggan menggunakan perkhidmatan dalam talian sebagai langkah transformasi sistem penyampaian dan perkhidmatan sedia ada.

“Melalui inisiatif ini, urusan perkhidmatan seperti pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan kenderaan perlu dilakukan menerusi laman sesawang kita dan lesen dan cukai jalan berkenaan akan dihantar kepada pelanggan menggunakan khidmat pos laju. Ia dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Ketika ini, perkhidmatan pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan kenderaan ditawarkan di kaunter Pos Malaysia. – BERNAMA

Tags: JPJsaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd