• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lelaki Ditahan Disyaki Pukul Penyelia Kilang

oleh Ahmad Albab
26/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan empat lelaki kerana disyaki memukul seorang penyelia kilang perabot di hadapan sebuah pusat hiburan di Bukit Indah, di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata seorang daripada mereka ditahan pada pukul 11.50 malam di Mutiara Rini, di sini Isnin lepas, manakala tiga yang lain ditahan di Bukit Indah, kira-kira sejam kemudian.

“Kesemua yang ditahan berumur antara 19 dan 24 tahun. Polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios hasil penahanan lelaki di Mutiara Rini itu,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Noor Hashim berkata keempat-empat mereka diburu selepas polis menerima laporan daripada penyelia kilang perabot itu pada pukul 6.50 petang Isnin lalu.

Penyelia lelaki berumur 32 tahun itu mendakwa dipukul dengan botol kaca oleh empat hingga lima lelaki pada kira-kira pukul 3 pagi Isnin.

​​​”Ketika kejadian, pengawal keselamatan yang melihat pergaduhan itu cuba meleraikan keadaan dan mangsa (penyelia) kemudian bertindak melarikan diri sebelum datang ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya sambil menambah mangsa turut mengalami bengkak di kepala, luka di bibir dan calar di badan.

Menurut Noor Hashim, hasil ujian saringan air kencing mendapati dua daripada empat lelaki itu positif dadah jenis amphetamine.

Beliau berkata kesemua mereka mengaku berada di tempat kejadian semasa pergaduhan, namun, motif pergaduhan masih dalam siasatan.

Kesemua mereka kini direman tiga hari bermula semalam hingga esok mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, katanya. – BERNAMA

Tags: kes pukulpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd