• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Kapal Asing Yang Lolos Ditahan Di Indonesia

oleh Ahmad Albab
26/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Dua kapal tangki asing yang lolos daripada tahanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dua hari lepas, berjaya ditahan di perairan Indonesia oleh Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL) semalam.

Media-media dalam talian memetik Panglima Komando Armada Indonesia Kawasan Barat TNI AL, Aan Kurnia sebagai berkata, pihaknya berjaya menahan dua kapal yang menjadi buruan pihak berkuasa Malaysia itu di perairan Tanjung Uma, Batam, Kepulauan Riau di Sumatera.

Kedua-dua kapal bersama anak-anak kapalnya dilaporkan lolos daripada tahanan APMM dua hari lepas setelah ditahan di selatan Tanjung Penyusop, Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor kerana memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran.

Aan Kurnia berkata, kapal-kapal itu dikenali sebagai MT Brama Ocean dan MT Orca, yang masing-masing memasang bendera Malabo (ibu negara Equatorial Guinea, Afrika Tengah) dan Fiji di kapal mereka, ditahan dalam satu operasi khas setelah pihaknya menerima laporan daripada APMM.

“Kita menerima laporan daripada APMM mengenai kemungkinan kapal-kapal yang lolos itu memasuki perairan Indonesia dan kita telah bertindak pantas membuat rondaan dan menemui kapal itu,” katanya.

Beliau berkata, pasukan khas TNI AL itu membuat rondaan di beberapa kawasan perairan dan kemudiannya menemui dua kapal yang dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan kapal dan enam anak kapal itu untuk siasatan.

Katanya siasatan awal mendapati kapal-kapal itu menepati ciri-ciri kapal yang lolos daripada APMM dan mereka cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menukar warna kapal berkenaan.

Aan Kurnia berkata kedua-dua kapal bersama enam kru itu kini ditahan di dermaga Yos Sudarso, Markas Komando Pangkalan Utama TNI AL IV/Tanjung Pinang untuk siasatan lanjut.

Katanya, kru kapal itu akan didakwa kerana kesalahan memasuki perairan Indonesia tanpa dokumen yang sah.

Lima hari lepas, APMM menahan dua kapal asing di selatan Tanjung Penyusop kerana tidak mempunyai kebenaran bersauh dan hasil pemeriksaan mendapati kapal-kapal tangki itu juga tidak mempunyai insurans.

Bagaimanapun, kapal-kapal tersebut berjaya melarikan diri setelah ditahan selama tiga hari di perairan itu. – BERNAMA

Tags: APMMKapal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd