• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gara-Gara Terima Suapan RM290, Anggota Polis Didenda RM2,000

oleh Ahmad Albab
09/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Gara-gara menerima rasuah sebanyak RM290 daripada seorang lelaki tahun lepas, seorang anggota polis didenda RM2,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Habibah Mohamed Yusof menjatuhkan hukuman itu selepas Lans Koperal Ridzuan Kunchin mengaku bersalah menerima rasuah itu bagi melepaskan Norazizi Mohamad yang ujian air kencingnya positif dadah.

Ridzuan, 33, yang bertugas di cawangan Narkotik Balai Polis Raub, juga berdepan hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima satu barang berharga iaitu wang tunai berjumlah RM290 tanpa apa-apa balasan daripada Norazizi yang diketahui ada kaitan dengan tugas rasminya di sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Ulu Renggol, Sega, Raub pada 8.30 malam 31 Okt 2013.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Shukor Mohd Nor.

Dalam rayuannya, tertuduh memberitahu dia menginsafi perbuatannya dan mahu memulakan hidup baru.

“Anak guam saya kini digantung tugas selepas kesnya dibawa ke mahkamah dan dia terpaksa menyara seorang anak yang masih kecil,” katanya.

Bagaimanapun, Amer Abu Bakar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada masyarakat terutamanya kerana kes itu membabitkan anggota polis.

Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Habibah berkata tertuduh perlu menjadikan kes itu sebagai pengajaran kerana sebagai anggota polis, dia tidak harus melakukan perbuatan itu dan sepatutnya menjalankan tugas penjawat awam dengan baik dan tidak menerima rasuah.- BERNAMA

Tags: polisrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd