• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas CEO Kontena Nasional Bhd Didakwa Pecah Amanah

oleh Ahmad Albab
09/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kontena Nasional Berhad, Hood Osman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah dana syarikat berjumlah RM9.9 juta.

Tertuduh yang berusia 46 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad.

Hood didakwa melakukan pecah amanah dana syarikat melalui lapan keping cek dan dua pindahan telegrafi kepada syarikat Artisan Jaya Logistics di pejabat Kontena Nasional, Batu 9, Jalan Klang Lama, Seri Setia, Petaling Jaya dekat sini, antara 24 Mac 2011 hingga 24 Ogos 2012.

Sementara pemilik syarikat Artisan Jaya Logistics, Abdul Jalil Md Tahir, 48, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Hood.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebat, dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Heikal Ismail mencadangkan mahkamah mengenakan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin, masing-masing terhadap kedua-dua tertuduh selain menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah.

Peguam Oh Choong Ghee yang mewakili Hood bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM50,000 atas alasan anak guamnya kini menganggur selepas meletak jawatan sebagai CEO Kontena Nasional pada Mei tahun lepas.

Peguam mewakili Abdul Jalil, Mohd Yatim Awang pula memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM100,000 atas alasan anak guamnya perlu menanggung isteri, dua anak yang masih bersekolah serta keluarga mentua.

Mengenai pasport, beliau berkata tertuduh akan menunaikan umrah pada Jumaat ini dan justeru beliau memohon mahkamah membenarkan anak guamnya menyerahkan pasport apabila dia pulang ke tanah air pada hujung tahun ini.

Hakim Noradidah kemudian menetapkan kedua-dua tertuduh, diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang dan menetapkan 6 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes.

Beliau turut memerintahkan Hood menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sementara Abdul Jalil dibenarkan menyerahkan pasportnya pada tarikh sebutan akan datang. – BERNAMA

Tags: pecah amanah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

05/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd