• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah: Polis Thai Tahan Seorang Lagi Warga Malaysia

oleh Ahmad Albab
25/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand menahan seorang lagi rakyat Malaysia disyaki anggota utama sindiket dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi yang sibuk semalam, sebelum suspek menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

Lelaki berusia 44 tahun dari Pulau Pinang itu ditahan pada 7 malam (waktu tempatan) selepas pihak berkuasa Thailand menjalankan pengawasan terhadapnya berhubung peranan suspek yang dua kali gagal untuk menyeludup dadah ke Malaysia awal tahun ini dan akhir hujung tahun lepas.

“Lelaki Malaysia itu tiba di Bangkok kira-kira dua minggu lepas dan sentiasa dalam pengawasan polis sejak itu,” kata Timbalan Ketua Biro Penindasan Narkotik (NSB) Thailand Mejar Jen Pornchai Charoenwong di lapangan terbang semalam.

Menurutnya, lelaki itu dipercayai anggota utama di sebalik penemuan 87kg ice di sebuah rumah sewa di Hatyai Januari lepas serta rampasan 52.4kg heroin dan 41.9kg ice dari sebuah kereta yang dipandu dua lelaki warga Malaysia di Chumphon, Disember tahun lepas.

Pornchai berkata semasa soal siasat, kedua-dua lelaki rakyat Malaysia yang ditahan hujung tahun lepas itu telah mendedahkan kepada pihak berkuasa Thai, mengenai pembabitan lelaki Pulau Pinang itu dalam kedua-dua kes penyeludupan dadah tersebut.

“Suspek banyak kali datang ke Thailand sebelum ini untuk menempah bekalan dadah. Sebaik urusan selesai, dia akan pulang ke Malaysia dan menunggu bekalan dihantar,” katanya dan menambah pihak polis masih meneruskan siasatan mengenai lelaki itu dan sindiketnya.

Selain penahanan lelaki Pulau Pinang itu, polis Thai juga berjaya membuat satu lagi tangkapan berprofil tinggi terhadap seorang warga Malaysia yang merupakan anggota kanan sindiket dadah antarabangsa, di Lapangan Terbang Hatyai, Rabu lepas.

Lelaki yang digelar ‘Mr T’ itu berasal dari Johor, didakwa bertanggungjawab terhadap beberapa percubaan menyeludup beratus-ratus kilogram ice ke Malaysia dan menjalankan operasi perniagaan melalui pengubahan wang haram hasil daripada aktiviti dadah. – BERNAMA

Tags: dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd