• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Hina Bapa Watson: Marsha Mohon Maaf

oleh AK-47
25/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGACARA bersama program Sukan Tak Sentral, Marsha Milan Londoh menyatakan permohonan maafnya terhadap bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek dan ahli keluarganya seperti yang dititipkan hos itu menerusi laman Instagramnya semalam.

Dalam rancangan tersebut, Marsha bertindak selaku pengacara bersama dengan Ammar atau nama sebenarnya, Azizul Ammar Abu Hassan.

“Assalamualaikum, dengan rasa rendah diri saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga atlet yang telah mengharumkan nama negara, saudara WATSON NYAMBEK dan semua yang terkesan dengan persembahan kami dalam program SUKAN TAK SENTRAL.

“Terima kasih diucapkan di atas komen-komen yang membina serta sokongan padu dari anda semua. Semoga kejadian ini dapat dijadikan panduan untuk kami agar lebih peka dengan sensiviti masyarakat sekeliling.

“Dengan itu, saya dan juga pihak produksi ingin memohon maaf sekali lagi dan amat menyesali dengan apa yang telah berlaku dan akan memastikan kesilapan ini tidak akan berulang lagi demi kesejahteraan semua,” tulis hos berusia 32 tahun itu.

Assalamualaikum, dengan rasa rendah diri saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga atlet yang telah mengharumkan nama negara, saudara WATSON NYAMBEK dan semua yang terkesan dengan persembahan kami dalam program SUKAN TAK SENTRAL. Terima kasih diucapkan di atas komen – komen yang membina serta sokongan padu dari anda semua. Semoga kejadian ini dapat dijadikan panduan untuk kami agar lebih peka dengan sensiviti masyarakat sekeliling. Dengan itu, saya dan juga pihak produksi ingin memohon maaf sekali lagi dan amat menyesali dengan apa yang telah berlaku dan akan memastikan kesilapan ini tidak akan berulang lagi demi kesejahteraan semua.

A post shared by Beauxlim Pomegranate Lover😍 (@marshamilan) on Apr 23, 2017 at 9:07am PDT

Semalam Primeworks Studios Sdn Bhd menerusi sidang medianya berkata telah menggantung perkhidmatan pengacara dan krew produksi Sukan Tak Sentral susulan kontroversi mempersendakan nama bapa Watson seperti seekor binatang.

BACA:  Pengacara, 6 Kru Sukan Tak Sentral Digantung Kerja

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd, Datuk Ahmad Izham Omar turut berkata rancangan tv bergenre komedi itu juga telah dibatalkan serta merta penayangan dan penerbitannya selepas ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ammarMarshaWatson Nyambek
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Watson Nyambek Nafi Laporan Beliau Jutawan Bitcoin

19/11/2018
0

MIRI - Bekas jaguh pecut negara Watson Nyambek hari ini menafikan laporan yang dikatakan berita dan dikongsi menerusi laman sosial...

Marsha Milan Makin Teruja Sambut Ramadan

20/05/2018
0

KEDATANGAN Ramadan kali ini pastinya cukup bermakna buat bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) iaitu Marsha Milan Londoh kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd