• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Marsha Milan Makin Teruja Sambut Ramadan

oleh
20/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEDATANGAN Ramadan kali ini pastinya cukup bermakna buat bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) iaitu Marsha Milan Londoh kerana dia dan suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail menyambutnya di rumah baharu.

Menurut Masha, persekitaran baharu itu membuatnya lebih bersemangat dan teruja untuk melaksanakan ibadah puasa buat kali ketiga sejak memeluk agama Islam pada tahun 2015.

“Tahun ini puasa teruja betul sebab sambut dekat rumah baru dan persekitaran baru. Insya-Allah harap Ramadan kali ini berjalan dengan lancar dan lebih baik berbanding dengan tahun sebelum ini,” katanya dipetik mStar Online.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 33 tahun itu enggan berkongsi mahupun mendedahkan lebih lanjut mengenai lokasi rumah barunya itu.

Marsha Milan Londoh.

Dalam pada itu, Marsha memberitahu walaupun masih baharu bergelar seorang Muslimah namun dia semakin berkeyakinan untuk menempuh bulan Ramadan.

Malah ujarnya lagi, Ramadan adalah bulan yang sangat dinanti-nanti oleh umat muslim di seluruh dunia dan masa terbaik untuk kumpul saham akhirat selain merapatkan silaturahim dengan keluarga apabila berkumpul.

“Alhamdulillah tahun ketiga berpuasa saya lebih yakin. Insya-Allah harap-harap semuanya berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.

“Seperti tahun lalu, awal Ramadan saya akan pulang ke kampung halaman suami di Pulau Pinang untuk bersama keluarga.

“Ia memang sangat saya nanti-nantikan kerana selain berbuka dapat solat berjemaah dan berterawih bersama keluarga,” ujar Marsha.

Marsha dan suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail.

Sementara itu ditanya mengenai perkembangan diri, Marsha memberitahu baru sahaja sahaja melancarkan single duet bersama penyanyi Velvet Aduk menerusi lagu rakyat Sabah berjudul Sumandak Sabah.

Katanya, dia sama sekali tidak menyangka lagu berkenaan mendapat sambutan dan diterima baik oleh peminat muzik bukan sahaja di negeri kelahirannya tetapi peminat di Semenanjung Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MarshaMarsha Milanmarsha milan londoh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Qody Bertuah Dapat Marsha

05/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Pengalaman menghasilkan lagu tema filem Tujuh berjudul Ku Bersumpah bersama pasangan duet, Marsha Milan Londoh tidak akan...

Dapat Cium Hajar Aswad, Pengalaman Manis Marsha

17/11/2017
0

WALAUPUN baru dua tahun penyanyi ini memeluk Islam, nampaknya rezeki Marsha Milan untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah dipermudahkan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd