• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad PPBN Bawah-15 Uji Kemampuan Di Itali

oleh Ahmad Albab
24/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad Projek Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) bawah 15 tahun (B-15) akan berentap dengan Mexico, Croatia dan Austria dalam Kumpulan B di Kejohanan Antara Negara (Torneo Delle Naziono 2017).

Skuad negara buat julung kali dijemput menyertai kejohanan itu yang memasuki edisi ke 14 penganjurannya, sekali gus membawa cabaran benua Asia selain Jepun dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut kenyataan PPBN hari ini, anak buah Lim Teong Kim itu akan bertemu Mexico hari ini (8 malam waktu Malaysia), disusuli perlawanan menentang Austria pada 26 April dan aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Croatia pada 27 April.

Kumpulan A terdiri tuan rumah Itali, UAE, Jepun dan Portugal manakala Kumpulan C dibarisi Slovenia, England, Rusia dan Amerika Syarikat.

Pasukan muda negara ke kejohanan itu dibarisi pelatih Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) di bawah program pembangunan bola sepak yang diketuai Teong Kim dan turut dibantu penolong jurulatih Raja Azlan Shah Raja Sho’ib.

Mengikut format kejohanan, johan dan satu pasukan di tempat kedua terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir.

Untuk rekod, skuad berkenaan muncul juara Kejohanan Bola Sepak Remaja B-13 Piala Iber Costa del Sol di Sepanyol pada 2015. – BERNAMA

Tags: bola sepak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Terkejut Lihat Muka Anak Saudara Berdarah

Next Post

Malaysia-Korea Utara Di Gelanggang Berkecuali

Related Posts

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

Peluang Terakhir Malaysia….

Peluang Terakhir Malaysia….

18/12/2024
0

Kalau TMJ Gagal Majukan Bola Sepak Kita…Maka Habis La BOLA sepak adalah sukan yang paling mendapat perhatian di serata dunia...

Next Post

Malaysia-Korea Utara Di Gelanggang Berkecuali

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd