• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Rozman Isli Terajui DPMM Labuan

oleh Ahmad Albab
24/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dilantik sebagai Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Wilayah Persekutuan Labuan bagi menggantikan Datuk Yussof Mohammad yang juga pengasas badan itu sejak 21 tahun lepas.

Dalam ucapannya, Rozman menyifatkan DPMM akan menjadi antara platform bagi membantu beliau menyatukan usahawan Melayu di wilayah berkenaan.

“Datuk Yussof Mohamad yang telah lama berkhidmat dan membantu ramai usahawan Melayu di sini dan kita akan meneruskan legasi beliau,” katanya pada majlis makan malam bersempena mesyuarat agung tahunan DPMM.

Rozman yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan, juga berikrar untuk memenuhi harapan anggota DPMM bagi mewujudkan transformasi usahawan terbabit.

“Ekonomi wilayah ini yang banyak bergantung kepada sektor minyak dan gas, kini hampir suram termasuk menyaksikan penjualan beberapa hotel yang kurang mendapat sambutan sejak tahun lepas selain penutupan kedai dan serta peningkatan kadar pengangguran.

“Agak sedih melihat warga Labuan yang kehilangan kerja akibat penyusutan sektor minyak dan gas, turut mengalami masalah kewangan…kenderaan mereka dalam proses dirampas dan rumah tiada bekalan elektrik,” katanya.

Rozman berkata impak keadaan ekonomi semasa juga seharusnya menjadikan usahawan tempatan lebih matang untuk mengharungi tempoh sukar selain lebih berwaspada dalam urusan serta mempelbagaikan cabang perniagaan mereka.

“Selepas kejatuhan harga minyak yang turut menjejaskan sektor minyak dan gas di peringkat global termasuk Labuan, keadaan ini seharusnya mengajar kita iaitu sama ada membiarkannya memusnahkan kita atau sebaliknya bangkit untuk mengatasinya.

“Ini adalah proses penyesuaian diri ketika berdepan pelbagai sumber tekanan…untuk bangkit semula daripada kesukaran lampau,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahli Parlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd