• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluru Sesat: Bapa Ambil Tindakan Undang-Undang

oleh Ahmad Albab
24/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Bapa kepada pelajar yang cedera akibat terkena peluru penabur sesat di Kampung Lubok Keriang, Mukim Lesong, Langgar di sini, bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mencederakan anaknya itu.

Bakar Saad, 45, berkata tindakan itu bagi memberi pengajaran kepada individu yang cuai ketika mengendalikan senjata api sehingga mengakibatkan anak keduanya daripada empat beradik itu cedera dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan.

“Saya marah sebab kejadian ini menyebabkan anak saya yang sedang makan nasi terkena peluru penabur, malah peti sejuk dan pinggan mangkuk saya turut terkena peluru dan rosak,” katanya ketika ditemui di wad HSB di sini, hari ini.

Budak Cedera Kena Tembakan Peluru Penabur

Dalam kejadian petang semalam, Nur Syahida Bakar, 12, cedera di muka dan beberapa bahagian badan selepas terkena peluru penabur sesat ketika sedang makan di dapur rumahnya.

Bakar berkata ketika kejadian, dia sedang makan di meja manakala Nur Syahida dan​​​​ anak bongsunya berusia tiga tahun sedang makan bersila di ruang dapur rumah sebelum terdengar letupan.

“Syahida duduk betul-betul menghadap pintu menyebabkan dia terkena (peluru penabur). Mujur isteri dan anak bongsu saya tidak terkena. Selepas melihat darah pada dahi anak saya, cepat-cepat saya meminta bantuan anak saudara untuk menghantar dia ke hospital,” katanya.

Bakar percaya individu terbabit cuai ketika hendak menembak burung di kawasan bendang berdekatan, menyebabkan peluru yang dilepaskan tersasar dan memasuki pintu dapur rumahnya.

“Sebelum ini, memang ada aktiviti menembak burung ayam-ayam, tapi petang semalam tak taulah macam mana boleh terjadi. Saya akan tunggu siasatan polis sebelum bercadang mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata daripada 13 butir peluru penabur yang dilepaskan itu, dua butir telah dikeluarkan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kanak-kanak perempuan itu masih menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB.

Katanya pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan antaranya di dahi, sendi bahu kanan, bahagian atas tangan kanan, siku kanan, sendi paha kanan, lutut kanan dan dada.

Dr Norhizan berkata kanak-kanak itu akan menjalani pembedahan hari ini bagi mengeluarkan​​​​​​ bendasing (peluru penabur) yang terdapat pada bahagian badan mangsa.

“Kanak-kanak itu dimasukkan (ke HSB) kira-kira 6.15 petang semalam, dan sehingga kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

Tags: Kedahpeluru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd