• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pelajar Terlibat Kongsi Gelap Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tiada pelajar di Terengganu yang terlibat dalam mana-mana kumpulan kongsi gelap atau gangsterism setakat ini, demikian tegas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin.

Beliau berkata setakat ini, jabatan tidak pernah menerima laporan berhubung penglibatan pelajar Terengganu dalam kumpulan kongsi gelap.

“Kesalahan yang dilakukan pelajar Terengganu setakat ini hanya berkaitan masalah disiplin dan ia masih dalam keadaan yang sangat terkawal.

“Peranan guru disiplin dan guru kaunselor di semua sekolah di Terengganu setakat ini berjaya mengekang aktiviti seumpama itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang STEM Exxonmobil 2016 yang disempurnakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abdul Rahman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shafruddin berkata pihak sekolah sentiasa proaktif dan setiap kesalahan pelajar akan direkodkan seterusnya diberi kaunseling agar perkara itu tidak terus berulang.

“JPNT sangat peka dengan perkara seperti ini, sebab itu semua kesalahan pelajar akan direkodkan oleh guru disiplin dan guru kaunselor pula memastikan pelajar tersebut tidak tersasar jauh dari matlamat sebenar mereka sebagai pelajar.

“Secara tidak langsung masalah disiplin di Terengganu akan terkawal begitu juga penglibatan murid-murid dalam kegiatan gangsterisme, setakat ini tak pernah lagi berlaku perkara yang melibatkan gangsterisme secara besar-besaran di negeri ini,” katanya.

Hubungan rapat antara sekolah, ibu bapa, komuniti setempat serta pelajar juga sentiasa dipupuk untuk mengelak kegiatan seperti itu dan bersama-sama memfokuskan kejayaan pelajar dalam pelbagai bidang akademik, sukan dan kokurikulum, katanya.- BERNAMA

Tags: Kongsi Gelap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

15/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Empat belas remaja, termasuk pelajar sekolah antara 61 individu ditahan dalam serbuan polis ke lokasi dipercayai tempat upacara...

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

29/05/2024
0

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd