• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Lelaki Ditahan Bantu Kes Tembak Rumah Sami

oleh Ahmad Albab
22/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Enam lelaki termasuk seorang remaja ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang penunggang motosikal melepaskan tiga das tembakan ke arah rumah seorang sami di Air Itam di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata enam lelaki berusia di antara 14 hingga 55 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar kawasan Air Itam dan Datuk Keramat di sini malam tadi dan hari ini.

Sami Ditembak 3 Das Ekoran Isu Duit Hasil Kutipan

“Susulan kejadian itu, polis melancarkan operasi dan dapat menahan enam lelaki itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Enam lelaki itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh. .

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai dapat membantu kes berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 9.50 malam itu, mangsa yang berusia 50 tahun dan merupakan sami di sebuah kuil sedang mencuci halaman rumahnya apabila seorang penunggang motosikal tiba lalu melepaskan tiga das tembakan.

Setelah tidak terkena tembakan itu, beliau terus melarikan diri masuk ke dalam rumahnya lalu menghubungi polis.

Semasa kejadian, isteri dan tiga anaknya berada di dalam kediaman teres dua tingkat itu.

Berdasarkan siasatan polis, kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang penduduk di kawasan perumahan sama berhubung kutipan wang rumah ibadat itu, selain mendakwa sami itu tidak amanah dan menyelewengkan wang kutipan berkenaan. – BERNAMA

Tags: ditembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

01/12/2025
0

  KLANG – Seorang lelaki India berusia 27 tahun maut selepas ditembak di hadapan rumahnya dalam kejadian mengejutkan di Taman...

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

08/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dikatakan sedang makan bersama rakannya, maut ditembak penyerang bersenjata dalam kejadian di sebuah kawasan bangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd