• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Mahu Media Tangkis Berita Palsu Hasut Rakyat

oleh
22/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan peranan media dan kewartawanan bertanggungjawab dan beretika sangat penting dalam membangunkan masyarakat bermaklumat.

Perdana Menteri malah menyatakan bahawa tugas tersebut juga adalah sejajar dengan hasrat pihak kerajaan sebagaimana yang memang dirancang khusus dalam pelan tindakan Dasar Komunikasi Negara.

Beliau ketika berucap pada Malam Wartawan Malaysia 2017 anjuran Institut Akhbar Malaysia -Petronas berkata, pelan tindakan berkenaan sedang digubal oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Katanya ketika ini negara berada dalam era ‘post-truth‘ atau pasca kebenaran, dengan kehadiran berita-berita palsu terutamanya dalam pelbagai platform media sosial yang besar pengikutnya, kini sudah menjadi lumrah.

“Apa lebih menyedihkan, khalayak lebih terdedah kepada berita-berita palsu yang tidak bersandarkan kepada fakta itu sehingga menerima bulat-bulat apa disogokkan kepada mereka tanpa soal.

“Mereka turut tidak dapat membezakan antara intan dan kaca. Emosi khalayak menewaskan kewarasan mereka. Kita tahu kesahihan maklumat yang disebar menerusi media sosial boleh diragui.

“Kita tahu blog, Facebook dan laman portal media sosial juga tidak terikat dengan etika media konvensional. Jika tidak dibendung dan dikawal, fenomena berita palsu akan mengancam keselamatan negara.

“Ia bahkan boleh menjejaskan daripada pelbagai sudut. Berita palsu juga akan melahirkan sejarah palsu, kita tidak dapat membezakan antara yang benar dan batil,” kata Najib lagi.

Perdana Menteri seterusnya berkata bahawa pihak media sebenarnya mempunyai tanggungjawab berat untuk menjelaskan kepada umum apa itu yang fakta dan sebaran fitnah.

Katanya kerajaan memandang serius kewujudan berleluasa berita palsu itu sehingga mendorong kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia mewujudkan laman web “sebenarnya.my“.

Portal tersebut yang boleh diakses oleh semua pihak untuk menentusahkan sama ada sesuatu berita ditularkan sebagai palsu atau sebaliknya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd