• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Luang Masa Lawat Warga Emas Hidap Strok

oleh Ahmad Albab
22/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Keinginan seorang warga emas yang mengidap penyakit strok di Kampung Telok dekat sini untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tercapai apabila pemimpin nombor satu negara meluangkan masa melawatnya di kediamannya hari ini.

Zainudin Sulong, 83, terlantar sakit sejak lima tahun lepas tidak menyangka impiannya akan menjadi kenyataan berikutan menyedari kepadatan jadual Najib sebagai pemimpin negara dan Anggota Parlimen Pekan.

“Selalunya nampak dalam televisyen sahaja, namun hari ini tidak sangka beliau berada di depan mata dan sudi menziarah saya walaupun sibuk dengan tugasannya hari ini,” katanya kepada Bernama dalam nada sebak dan mengalirkan air mata.

Perdana Menteri turut disertai Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud, meluangkan masa kira-kira 10 minit bertanya khabar Zainudin.

Zainudin yang pernah menjadi Setiausaha UMNO Cawangan Kampung Telok sekitar tahun 1950-an dan 1960-an itu berkata dia dimaklumkan yang Najib akan datang melawatnya oleh isterinya Noriah Mohamed, 62, minggu lepas.

Sementara itu, Noriah berkata suaminya yang merupakan pesara kerajaan tidak pernah bertemu mata dengan Najib secara dekat, namun pernah beberapa kali berjumpa bapanya Allahyarham Tun Razak Hussein yang ketika itu adalah perdana menteri, sewaktu program turun padang ke kawasan kampung.

Noriah berkata suaminya itu amat mengagumi Najib dan sering kali menyebut ketokohan perdana menteri dalam mentadbir negara walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan dan masalah.

Menurutnya, kehadiran Najib di rumahnya hari ini sedikit sebanyak memberikan semangat kepada suaminya itu supaya terus tabah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd