• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar ‘Tersepit’ PKR Sabah, Sarawak Tolak RUU 355

oleh
21/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PKR Sabah dan Sarawak menolak Rang Undang-undang (RUU) persendirian dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Keputusan tegas itu jelas bertentangan dengan pendirian Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sebelum ini menyatakan pendirian bahawa usul dirujuk sebagai RUU 355 itu wajar dipersetujui semua pihak.

Ia sekali gus menggambarkan PKR bakal berdepan dengan perpecahan serius apabila pandangan daripada peneraju utama parti itu pun yang selama ini diterima tiba-tiba ditolak kepimpinan PKR sendiri di dua buah negeri tersebut.

“Kami merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin PKR yang sependapat dengan Anwar dalam ‘menghormati hak’ Presiden PAS untuk membentangkan pindaan kepada Akta 355.

“Kenyataan-kenyataan ini telah diterima secara negatif di Sabah dan Sarawak malahan telah disalah anggap oleh sesetengah antara kita sendiri bahawa kepimpinan PKR sebagai menyokong RUU 355 tersebut.

“Kami adalah bersetuju bahawa Abdul Hadi, atau sememangnya mana-mana anggota Parlimen, sebagai berhak untuk membentangkan sebarang RUU, tetapi perkara tersebut adalah setakat perjanjian kami.

“Dengan hormat, kami justeru mengambil berbeza pendirian dengan pandangan bahawa RUU itu adalah semata-mata untuk memberi penambahbaikan kepada bidang kuasa pihak mahkamah syariah.

“Kami menentang RUU 355 itu yang jelas satu cara untuk membuka jalan kepada pelaksanaan hudud, sekali gus memperkenalkan dua sistem keadilan jenayah, seperti yang dijelaskan oleh Profesor Shad Faruqi.

“Beliau pernah ada menyatakannya dalam tulisan ‘Enhancing syariah courts’ powers’, yang diterbitkan pada 9 Jun 2016 disiarkan oleh akhbar The Star,” jelas kenyataan bersama PKR di dua negeri yang disiarkan portal propembangkang.

PKR Sarawak dipimpin Baru Bian (gambar atas) manakala Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew mengetuai negeri itu setelah Datuk Seri Lajim Ukin bertindak keluar parti tersebut baru-baru ini.

Untuk rekod, Anwar dalam kenyataan media dari Penjara Sungai Buloh pada 8 April lalu berpandangan pembentangan RUU 355 sebagai berjaya dan semata-mata untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

“Yang ditekankan adalah pemerkasaan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang wajar dipersetujui secara prinsipnya oleh semua,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Komunikasi PKR.

Kenyataan Anwar itu bagaimanapun dilihat ramai pihak sekadar menyerlahkan lagi politik bermuka-muka dan hipokrit PKR yang boleh berubah nada dengan sekelip mata sekiranya kepentingan politik mereka tergugat.

Anwar dipercayai membuat kenyataan itu bagi menyelamatkan kedudukan PKR yang dikecam umat Islam kerana jelas menentang usaha untuk memartabatkan undang-undang syariah di Malaysia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: HududPKRRUU 355
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd