• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johari Temui Dewan Perniagaan AS Bincang TPP

oleh Ahmad Albab
21/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani menemui Dewan Perniagaan Amerika Syarikat untuk membincangkan isu-isu yang timbul mengenai masa depan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan berkata pertemuan itu berlangsung pada Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia-Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington DC, Amerika Syarikat, yang bermula pada Khamis.

Turut dibincangkan keutamaan dasar Malaysia bagi pembangunan sektor kewangan yang berterusan.

Kementerian itu berkata Johari juga akan mengadakan pertemuan dengan tiga agensi penarafan antarabangsa untuk memberi penerangan kepada mereka mengenai pembangunan ekonomi dan kewangan semasa Malaysia, serta langkah-langkah yang diambil untuk menangani cabaran.

“Mereka akan diberi penerangan mengenai inisiatif yang sedang dilaksanakan untuk mengukuhkan kedudukan monetari dan fiskal negara,” katanya.

Mesyuarat tersebut merupakan platform bagi penggubal dasar dari seluruh dunia berbincang dan bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa yang memberi kesan kepada ekonomi global, sistem kewangan antarabangsa dan kemajuan agenda pembangunan global, termasuk mengurangkan jumlah kemiskinan.

Acara itu akan turut menekankan kemajuan aktiviti IMF dan Kumpulan Bank Dunia, termasuk dasar-dasar dan program yang dilaksanakan untuk membantu negara-negara anggota yang menghadapi masalah kewangan dan pembangunan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Johari Abdul GhaniTPP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ART Malaysia-AS Terbatal, Johari Sahkan Perjanjian Kini ‘Null And Void’

ART Malaysia-AS Terbatal, Johari Sahkan Perjanjian Kini ‘Null And Void’

15/03/2026
0

PETALING JAYA – Perjanjian perdagangan timbal balik antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai tahun lalu kini disahkan terbatal...

Ahli Parlimen Berhak Bawa Apa-apa Usul – Johari Ghani

Ahli Parlimen Berhak Bawa Apa-apa Usul – Johari Ghani

27/07/2025
0

SHAH ALAM: Semua Ahli Parlimen berhak mengemukakan sebarang usul di Dewan Rakyat dan tiada pihak boleh melarang, kata Naib Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd