• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masalah Sosial, Jenayah: Usah Salah Media Sosial

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menjelaskan permasalahan sosial dan jenayah termasuk kes penculikan remaja di bawah umur, seks bebas, pelacuran dan dadah boleh berlaku melalui pelbagai medium dan tidak semestinya berpunca daripada penggunaan aplikasi media sosial semata-mata.

Bagaimanapun, KKMM sentiasa mengambil tindakan berbentuk memberi kesedaran dan pendidikan bagi memupuk budaya penggunaan aplikasi media sosial dan media baharu secara bijaksana, yang dilihat dapat membantu di dalam usaha pembangunan rohaniah, pembangunan individu, serta pembangunan negara yang lebih positif, kata KKMM dalam satu jawapan bertulis di persidangan Dewan Negara hari ini.

KKMM menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff yang meminta kementerian menyatakan berapa banyak aplikasi sosial boleh membawa kepada masalah seperti penculikan remaja di bawah umur, seks bebas, pelacuran, serta penyalahgunaan dadah.

Sementara itu, KKMM menjelaskan sejumlah sembilan kes telah dihadapkan di mahkamah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di antara Jan 2016 hingga Mac tahun ini atas kesalahan salah guna internet atau perkhidmatan aplikasi sebagai platform bagi menyebarkan kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau yang jelik.

Menurut KKMM, daripada jumlah itu, lima kes telah dijatuhi hukuman kerana penyebaran kandungan berunsur lucah dan jelik manakala empat kes masih dalam perbicaraan.

Kementerian itu turut menjelaskan kesalahan di internet dan media sosial tidak hanya termaktub di bawah bidang kuasa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semata-mata.

“Ia juga turut tertakluk di bawah bidang kuasa agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Bank Negara Malaysia (BNM) dan sebagainya, mengikut bidang kuasa masing-masing,” kata KKMM.

Kerjasama antara SKMM dengan agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM juga telah sedia terjalin bagi membanteras sebarang bentuk penyalahgunaan media sosial dan internet, termasuk meliputi aspek-aspek kerjasama pemantauan, pengesanan, perkongsian maklumat dan forensik digital, menurut KKMM.

“Selain itu, penubuhan Jawatankuasa Khas Membanteras Penyalahgunaan Media Sosial yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia dan dianggotai oleh pihak kementerian, PDRM, SKMM dan Jabatan Peguam Negara turut telah memperkukuhkan dan memperkemaskan lagi kerjasama dan penyelarasan di antara agensi yang terbabit untuk membanteras penyalahgunaan media sosial dan media baharu,” menurut kementerian itu.

Menyentuh mengenai langkah bersifat penguatkuasaan, kementerian itu berkata, SKMM telah menggerakkan inisiatif berbentuk kesedaran di seluruh negara, bagi tujuan mendidik dan menggalakkan masyarakat agar mengamalkan kawalan kendiri, menggunakan internet secara positif, serta memupuk budaya penggunaan media baharu secara bijaksana. – BERNAMA

Tags: Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusofmedia sosial
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran dimuat naik Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial malam ini mencetuskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd