• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pondok Polis Kampung Mukut Musnah Terbakar

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sebuah pondok polis di Kampung Mukut, Pulau Tioman, musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang disyaki berpunca daripada litar pintas, semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata kebakaran yang disedari oleh penduduk kampung pada pukul 10.40 malam itu bagaimanapun tidak mencederakan dua anggota yang ditempatkan di situ.

“Pada mulanya, seluruh kawasan Mukut terputus bekalan elektrik pada pukul 2 petang semalam sebelum bekalan kembali pulih pada pukul 10.30 malam. Kebakaran disedari penduduk kampung yang tinggal bersebelahan pondok polis yang turut mendengar bunyi letupan kecil.

“Semasa kejadian, bekalan elektrik sekali lagi terputus. Anggota polis dan 30 penduduk kampung cuba untuk memadamkan api, namun gagal kerana api marak begitu cepat. Api dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 1.50 pagi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Azli berkata pondok polis itu dibina pada 1983 dengan kayu sebagai dinding dan menggunakan asbestos sebagai atap dengan keluasan 20×40 kaki dilengkapi dua bilik kelamin dan dua bilik air.

“Pasukan Forensik Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian pada pukul 11.50 pagi ini untuk menyiasat punca kebakaran. Setakat ini, kerugian dianggarkan berjumlah RM400,000,” katanya.

Azli berkata semasa kejadian, Lans Koperal Mohd Yuzie Ahmad yang telah lima tahun ditempatkan di situ berada di rumah mentuanya di kampung berkenaan manakala Koperal Hasim Abdul Ghafar berada di kedai makan kira-kira 200 meter dari pondok polis itu.

“Buat masa sekarang Hasim ditempatkan sementara di sebuah chalet di sini milik penduduk kampung secara percuma manakala Mohd Yuzie menumpang rumah mentuanya,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd