• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis KL Lupus Dadah Seberat 120Kg, Bernilai RM2.59 Juta

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Kuala Lumpur hari ini melupuskan barang kes iaitu dadah pelbagai jenis sebanyak 120kg bernilai RM2.59 juta melalui kaedah berteknologi tinggi, di syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd di sini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata barang kes itu adalah barang kes yang disimpan sejak 2001 hingga 2014 yang melibatkan kes yang telah selesai perbicaraan di mahkamah.

“Kami hari ini jalinkan kerjasama dengan syarikat ini untuk menggunakan perkhidmatan mereka yang mempunyai peralatan dan kepakaran dalam urusan pelupusan barangan berjadual untuk kita lupuskan dadah ini.

“Dadah yang akan dilupuskan adalah dadah jenis heroin, ganja dan methaphetamine yang akan menggunakan kaedah incinerator yang berteknologi tinggi dan lebih menjamin alam sekitar,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan barang kes dadah JSJN Kuala Lumpur kepada Pengarah Kualiti Alam Sdn Bhd Khalid Bahsoon di sini, hari ini

Mengulas lanjut, Mazlan berkata barang kes itu perlu dilupuskan dan tidak boleh disimpan dalam tempoh yang terlalu lama kerana ia membahayakan kesihatan anggota pertugas stor barang kes dan pegawai penyiasat di samping mengelakkan kesalahan berkaitan integriti.

“Barang ini juga kalau disimpan lama ada yang rosak, koyak, lusuh dan dirosakkan makhluk perosak seperti tikus, lipas dan sebagainya.

“Selain itu, kami juga mahu elakkan berlakunya kesalahan berkaitan integriti seperti yang berlaku di luar negara apabila barang rampasan yang disimpan, ditukar dengan barang lain, jadi sebelum ia berlaku eloklah kami elakkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata trend pengedaran dadah di Kuala Lumpur ketika ini dilihat melibatkan kumpulan gengsterisme yang dahulunya lebih kepada kegiatan memeras ugut.

“Kita lihat hari ini, ahli kumpulan gengster ini cenderung juga terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah untuk membiayai kumpulan mereka ini.

“… dan banyak juga tangkapan yang kami buat guna Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 untuk kami sekat terus habis-habisan di peringkat bekalan,” katanya.

Berdasarkan statistik, pada 2016 seramai 3,676 orang ditahan di bawah kategori bekalan dan seramai 7,243 ditahan di bawah kategori permintaan melibatkan rampasan dadah bernilai RM21.6 juta, katanya.

“Tahun lepas juga sebanyak 5,054 kertas siasatan telah dibuka bagi kedua-dua kategori ini dan daripada jumlah itu 4,867 kertas siasatan berjaya dituduh di mahkamah,” katanya.

“Bagi tahun ini pula dari Januari hingga Mac seramai 1,068 ditahan bagi kategori bekalan dan kategori permintaan seramai 2,118 melibatkan rampasan dadah bernilai RM2.8 juta. Kertas siasatan yang telah dibuka bagi kedua-dua kategori ini sebanyak 2,059 dan 1,947 kertas siasatan berjaya diselesaikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadahDatuk Mazlan Lazim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd