• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Gaji: FMLLP Hantar Surat Potong Mata 5 Pasukan

oleh AK-47
20/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Lima pasukan bola sepak dalam Liga Malaysia akan dikenakan hukuman pemotongan mata berikutan kegagalan melunaskan tunggakan gaji kepada pemain mereka sejak beberapa bulan lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam berkata FMLLP akan menghantar surat berhubung pemotongan mata itu esok kepada pasukan terbabit selepas tempoh secukupnya diberikan kepada pasukan berkenaan untuk melangsaikan tunggakan gaji itu.

FMLLP merupakan pentadbir utama bola sepak Malaysia.

“Kita tidak mengumumkan nama kelima-lima pasukan berkenaan kerana tiada tindakan diambil.

“(Namun) setelah surat-surat berkenaan dikeluarkan esok, kita akan buat pengumuman,” katanya ketika diminta memberi komen berhubung isu tunggakan gaji.

Ramalingam berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Final Piala FA 2017 di Ibu Pejabat FMLLP, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramalingam menegaskan bahawa pihaknya terpaksa melakukan pemotongan mata kepada pasukan terlibat yang dilihat masih gagal menangani isu tunggakan gaji sejak beberapa musim lepas.

“Saya rasa selagi sesuatu tindakan tidak dibuat dengan tegas, maka isu-isu yang melanda Liga Malaysia tidak akan ada penyelesaiannya. Saya berharap bahawa penyokong dan setiap pasukan yang terlibat memahami bahawa bola sepak Malaysia perlu melangkah ke hadapan,” tegas Ramalingam.

Bernama difahamkan dua pasukan Liga Super iaitu Kelantan dan Selangor serta tiga pasukan Liga Perdana iaitu Angkatan Tentera Malaysia, Kuantan FA dan Sabah masih gagal melunaskan tunggakan gaji sejak beberapa bulan lepas sehingga memaksa segelintir pemain membuat laporan kepada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dan Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). – BERNAMA

Tags: FMLLPKevin Ramalingam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TMJ Kekal Ketuai FMLLP, Dijenamakan Jadi MFL

25/03/2018
0

BERALIH ANGIN.... Meskipun Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah meletak jawatan sebagai Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), baginda tetap komited memajukan...

TMJ Sah Lepas Jawatan Presiden FAM

26/03/2018
0

RASMI... Selepas genap setahun, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah melepaskan jawatan baginda sebagai Presiden Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd